Lokasi Hiking paling best dan mencabar di Malaysia.

Februari 19, 2016
Lokasi Hiking paling best dan mencabar di Malaysia. Aku pernah kongsikan cerita ini dalam entry Lokasi Hiking Di Malaysia sebelum ni. Kalau belum baca, silalah lanjutkan bacaan korang di 9 lokasi hiking terbaik di Malaysia. Tapi dalam cerita tu, aku kongsikan lokasi hiking melibatkan gunung ganang, tetapi dalam entry kali ini aku nak kongsikan lokasi hiking dekat area bukit pulak! Ahha! Jangan tak tahu ya, Malaysia juga mempunyai bukit-bukit yang menarik dengan pemandangan yang indah sama seperti Negara luar.

Baiklah. Apakah Maksud Dan Tujuan Hiking ni? Ramai sebenarnya yang tak tahu Apa Maksud Hiking ni. Aku cuba terang kan dalam bahasa mudah dan ringkas la ye. Hiking ni adalah 1 aktiviti riadah di mana ianya adalah 1 aktiviti memanjat tempat tinggi samada gunung ataupun bukit. Ianya kebiasaannya dijalankan di dalam kumpulan ataupun persendirian. Lagi syok kalau hiking ramai-ramai la kan.

Menariknya aktiviti hiking ini adalah, kepuasan apabila berada di puncak sambil menikmati keindahan panorama matahari terbit ataupun terbenam. Kalau dah sebut matahari terbenam tu, maknanya kena ber camping lah di puncak gunung. Ada juga kumpulan yang menjalankan aktiviti hiking ni secara balik hari. Hahaha. Aku tak tau nak gunakan istilah apa, tapi kebiasaannya, kalau istilah balik hari ni, pergi pagi balik petang. Kalau hiking pulak, naik awal pagi, turun dalam tengahari ataupun petang. Ha, cam gitu.

Orait. Panjang pulak aku membebel. Ayuh! Kita tengok Lokasi Hiking paling best dan mencabar di Malaysia! Hiaghhhh!

Bukit Keluang Terengganu!

Bukit Keluang Terengganu!

Secara jujurnya. Aku pun baru tahu pasal tempat ni. Hahahaha. Cantik lah! Kalau tengok dalam gambar tu, sebijik macam dekat luar Negara! Inilah kepuasan yang dicari semua kaki hiking! Dah penat-penat panjat, dapat tengok view macam ni. Indahnya dunia ciptaan Allah. Cam gitu..jap, lupa nak kasitau, lokasinya di pekan kuala besut, terengganu.

Bukit Keluang Terengganu!

Bukit Tabur Kuala Lumpur.

Bukit Tabor Taman Melawati Kuala Lumpur

Kenapa tabur? Nak juga tahu sejarah nama tempat ni, sebabnya antara lain bagi nama bukit ni adalah bukit hangus. Kenapa hangus? Itu yang nak tahu tu. Orait, korang boleh juga search Bukit Tabor Taman Melawati Kuala Lumpur. Apa yang menariknya di sini adalah, korang boleh ambil gambar macam yang selalu orang buat dekat Norway sana tu. Ala,gambar yang atas batu tu? Tak pernah tengok? Sila search. Hahahaha.

Bukit Tabor Taman Melawati Kuala Lumpur

Tapi kalau nak g sana jauh+belanja tinggi. Ha, ni, lokasi dalam Malaysia je. Tinggi pun tak tinggi, rendah pun tak rendah. Orang cakap sesuai untuk beginner, yang baru-baru nak menceburkan diri dalam aktiviti hiking ni. Tapi mudah tak mudah pun, laluan untuk ke puncak, 70% adalah batuan. Jadi sila berhati-hati ya!

Bukit Batu Putih Port Dickson.

Bukit Batu Putih Port Dickson.

Wah!! Aku baru tahu dekat Pd pun ada port best hiking! Tak jauh pun, Melaka-Pd. Haruslah pergi lepas ni! Orait! Ianya terletak di Hutan Rekreasi Tanjung Tuan, Port Dickson. Boleh google lokasi ni ya. Kalau dekat Pd ni, viewnya sudah pastilah laut kan? Dan dah boleh baca dah, mereka yang panjat bukit ni, samada nak tengok panorama matahari terbenam ataupun matahari terbit dekat laut. Subhanallah. Cantik kan? Tapi nak kasitau, bayaran masuk sebanyak Rm1 akan dikenakan. Ala, apa harganya Rm1 jika dibandingkan dengan pemandangan yang indah. Kan?

Bukit Batu Putih Port Dickson.

Bukit Broga Semenyih Selangor Malaysia.

Bukit Broga Semenyih Selangor Malaysia.

Kaki hiking jangan cakap korang tak tahu broga eh! Dan yang lain-lainnya, ish, broga kut! Terkenal sungguh tempat ni. Tu, angkasawan Malaysia shoot gambar kahwin dekat sini la. Hahahaha. Ish, banyak keyword pasal tempat ni kalau nak dibandingkan dengan lokasi lain. Contohnya ramai yang nak tahu Ketinggian Bukit Broga Semenyih. Tak kurang juga yang nak tahu Jalan Ke Bukit Broga Semenyih. Dan yang paling banyak di cari adalah Bukit Broga Semenyih Map.

Bukit Broga Semenyih Selangor Malaysia.

Aku cuba terangkan secara ringkas pasal bukit broga ni ya! Ok, ia terletak di bahagian timur pekan semenyih. Dan ketinggian nya adalah 400 meter dari paras laut. Disebabkan lokasi ini sangat popular, broga hills sentiasa sesak dengan pengunjung. Kalaulah boleh bukak kedai dekat atas tu, jual air asam dengan buah potong, wallah! Untung beb! Hehehe.

Korang! Boleh tak aku cakap aku dah penat menaip? Hahaha. Sebenarnya tak penat pun menaip ni, tapi penat nak fikir idea menulis. Jadinya, apa kata korang tengok gambar je dekat < Lokasi Hiking paling best dan mencabar diMalaysia>. Mana tahu lepas ni, aktiviti hiking korang akan menjadi lebih seronok dan yang pastinya, jimat wang sebabnya semua lokasi ni terletak di dalam Negara kita. Orait?

2 ulasan:

  1. best tengok bukit keluang tu. tapi nampak macam mencabar sangat je. huhu

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.