Hakikat roh dan jasad

Mei 13, 2014



Kebiasaan, pada setiap pagi, kami akan berkumpul membincangkan perihal kerja semalam dan planing untuk hari ini. Dan di dalam kesempatan ini, aku mencuri peluang berkongsi sedikit ilmu yang ada, bersama-sama dengan mereka. Aku kongsikan ilmu berkaitan hakikat roh dan jasad.

Dari apa yang aku pelajari, ianya ibarat belon yang kempis itu adalah jasad dan angin yang di tiup lalu mengembangkan belon itu adalah roh.

Apabila kita meninggal dunia, jasad kita di semadikan di dalam tanah. Yang di semadikan hanyalah jasad. Kemanakah roh kita pergi? Hanya Allah lebih mengetahuinya.

Apa yang cuba aku kongsikan adalah, apakah cara untuk menguatkan roh?

Kebiasaannya, apabila seseorang meninggal dunia, kita akan diberitahu supaya menyedekahkan Al-fatihah kepada si arwah. Kepada apa pahala al fatihah itu? kepada jasad ataupun roh? Sudah tentulah kepada roh.

Dan al-fatihah bukan hanya untuk orang yang sudah meninggal sahaja, boleh juga diberikan pahalanya kepada mereka yang masih hidup seperti kedua orang tua kita.


Cerita tentang roh juga ada di ceritakan di dalam Al-quran.

"Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah: "Roh itu termasuk urusan Tuhan-ku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit".

Cara untuk menguatkan roh ialah, dengan berzikir. Kita boleh memilih apakah kalimah yang ingin kita zikirkan. Dan tetapkan berapakah jumlah untuk 1 hari. Tidak kiralah 100x, 500x ataupun 1000x. Yang penting, ianya di lakukan dengan istiqamah. Eloklah, ianya dimulakan dengan jumlah yang kecil, apabila sudah stabil, maka bolehlah dinaikkan jumlahnya. Yang penting, ianya dilakukan dengan istiqamah dan tidak tertinggal 1 hari pun. Kalau tertinggal, boleh usahakan lagi.

Baiklah kita lalai dalam berzikir daripada tiada langsung zikir di dalam kehidupan seharian kita.

* ianya hanyalah sekadar perkongsian peribadi. Bolehlah belajar dengan alim ulamak jika ingin mengetahui dengan lebih terperinci.


Tiada ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.