Di saat orang lain bergembira.

Jun 09, 2014
Bulan june, bulan dimana semua pekerja di tempat aku meraikan kegembiraan. Di bulan ini, bayaran bonus dibuat. Setahun ada 2 kali bonus. Ini antara perkara yang menarik ramai orang untuk bekerja di sini.

Tapi bagi aku, ianya tidaklah segembira mana. Manakan tidak, aku memerlukan wang yang sangat banyak untuk perbelanjaan seharian aku. Rumah yang aku beli sudahpun memaksa aku untuk melakukan pembayaran penuh. Walhal rumah masih belum diduduki! Aku masih menyewa, dan masih perlu membayar bayaran sewa. Bulan ramadan juga semakin hampir, dan ianya juga bermakna aku perlu mengeluarkan sejumlah wang untuk dibelanjakan, kerana isteriku ada membuka gerai di bazaar berdekatan kawasan perumahanku. Belanja rumah, bayaran insurans, bayaran kereta, belanja untuk keluarga. Ianya benar-benar mendesak diri aku.

Aku memerlukan satu ruang untuk aku melepaskan segala tekanan di dalam diri aku. Aku benar-benar memerlukannya. 

Tiada ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.