Hebatnya pengaruh kuasa.

Jun 20, 2014



Mengapa orang berlumba-lumba mengejar kuasa? Apa yang ada pada kuasa? Mengapa orang sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan kuasa? Selalu kita dengar, tindakan-tindakan yang biasa dan luar biasa yang berlaku dalam masyarakat kita. Dalam filem-filem juga kerap diceritakan dengan pengaruh kuasa ini.

Apa yang cuba aku sampaikan di sini, hanyalah picisan sahaja daripada pengaruh kuasa ini. Hanya di tempat kerja sahaja, tetapi perkaranya masih juga sama.

Setiap pagi, semasa briefing pagi, para-para engineer akan memperingatkan tentang pentingnya mengelakkan diri daripada emergency leave dan medical certificate. Setiap hari, perkara ini pasti akan disebut.

Apa yang menjadi masalah aku disini ialah, mereka yang kerap menyebut ini lah yang kerap EL dan MC. Apa perasaan anda kalau perkara sedemikian berlaku pada anda? Mereka dengan tanpa rasa segan, melakukan perkara yang mereka sendiri kerap ingatkan kepada orang lain. Dan apa pula perasaan mereka yang mendengarnya?

Dalam satu kes yang lain, jika pekerja bawahan, mereka perlu sertakan bukti-bukti yang sahih untuk setiap perilaku mereka. Tetapi, bagi orang atasan, undang-undang seperti tiada makna langsung. Mereka boleh EL dan MC sesuka hati tanpa perlu sertakan surat bukti.

Di mana keadilan? Siapa yang perlu di salahkan? Dan apa yang perlu pekerja bawahan lakukan? Mereka-mereka yang dibawah ini juga sama-sama menaikkan sesuatu organisasi. Dan mereka juga perlu ada hak yang sama dengan setiap orang.

Jika anda, Apa yang anda lakukan? 

Tiada ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.