Dapatkan jawapan perumahan secepat mungkin

Julai 04, 2014
Aku seperti perlu mencari sendiri, jawapan kepada permasalahan rumah aku. Hari sebelumnya, aku ada mendapatkan jawapan daripada pihak bank, jawapan yang aku terima adalah, pihak bank sudah membuat bayaran penuh kepada pihak pemaju. Dan mereka menyalahkan pihak pemaju, kerana lambat mendapatkan CF.

Bila aku call pihak pemaju, mereka menyalahkan pihak bank, kerana pihak bank masih belum menghabiskan bayaran kepada pihak pemaju. Aku kembali buat panggilan kepada pihak bank untuk mendapatkan jawapan. Dan jawapan yang aku terima adalah..

" Ohh, ada baki lagi 35k belum bayar, ini semua salah pihak pemaju la, tidak buat claim betul-betul"

Aku terasa seperti di permainkan pula oleh mereka-mereka ini. Macam ada benda yang cuba mereka sorokkan.

aku cuba dapatkan pandangan daripada antara otai dalam bidang hartanah abang ensem

beliau meminta aku untuk periksa dengan pihak berkuasa tempatan, periksa dengan majlis pembandaran, mengapa mereka belum mengeluarkan CF.

Hari ini, aku akan cuba dapatkan jawapan kepada permasalahan ini.

InsyaAllah.

Tiada ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.