Sharifah aini meninggal dunia.

Julai 05, 2014


Biduanita negara, datuk sharifah aini menghembuskan nafas terakhir pada jam sekitar 0130 tadi kerana kompilasi paru-paru. Aku yang baca berita ini dari FB, sewaktu bangun sahur,terasa terperanjat sedikit. Yelah, aku membesar dengan lagu beliau ( Yang ibu aku selalu nyanyikan di rumah), jadi rasa seperti tidak percaya. Tapi ini adalah hukum Alam. Yang pasti, semua yang hidup pasti akan mati. Allahyarhamah memang ada sakit paru-paru dan kerap berulang alik ke hospital. Lama juga allahyarhamah menghidap penyakit ini. Kepada semua umat islam, marilah kita bersama-sama menghadiahkan Al-fatihah kepada allahyarhamah. Moga roh nya dicucuri rahmat oleh Allah.

Al-fatihah..

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam,

Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Yang menguasai hari pembalasan.

Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan

Tunjukilah kami jalan yang lurus,

(yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.

Amin. Amin. Amin.

Tiada ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.