Berhentilah merokok!

Ogos 05, 2014
Semasa dalam perjalanan aku pulang beraya di kampung halaman, aku terbaca satu iklan pada papan iklan di tepi lebuhraya. Iklan tentang berhenti merokok. Apa yang menarik perhatian aku adalah kepada ayat yang berbunyi " Berhentilah merokok".

Dan apa yang mula-mula muncul di dalam fikiran aku adalah, jika aku pergi kepada seorang penghisap rokok dan berkata kepada beliau..

" Bang, berhentilah merokok"

Sudah pasti kata-kata pujian yang akan aku terima daripada beliau. Ini kerana, pada fikiran aku, ayat ini tidak bersungguh-sungguh ingin mengajak orang berhenti merokok. Dan aku mula memikirkan apa ayat yang betul-betul mengajak orang untuk berhenti merokok. Antara yang aku dapat adalah..

" Mesti berhenti merokok!"

atau..

" Ini yang anda mesti/atau dapat jika tidak berhenti merokok"

tapi janganlah sampai iklan macam ini yer..hehehehehhe..


Tiada ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.