Pentingkan diri?

Ogos 25, 2014


Aku pasti ramai yang biasa dan lali dengan perkara seperti ini. Situasi ini benar-benar menganggu pemanduan aku keseluruhannya. Manakan tidak, cahaya yang dipantulkan, 80% menganggu penglihatan aku. Inilah antara kelemahan mereka yang bercermin mata.

Setiap kali berhadapan dengan situasi ini, aku akan turut sama memberi lampu tinggi. Ini adalah sebagai satu isyarat untuk pemandu terlibat menggunakan lampu biasa.

Bagi sesetengah pemandu, apabila kenderaan hadapan memberi lampu tinggi, mereka dengan serta merta menggunakan lampu biasa. Tetapi ada juga pemandu yang tidak mengendahkannya. Terus menerus menggunakan lampu tinggi ini tanpa memikirkan pemandu lain.

Sikap ini sepatutnya tidak ada di dalam diri setiap pemandu. Ini kerana, kita berkongsi jalan yang sama. Dan tidak salah juga aku ingin katakan adalah, ia boleh menjadi penyebab kepada kemalangan jalan raya. Akibat daripada penglihatan pemandu lain terhalang.

Jadi, sentiasalah bersikap bertimbang rasa. Untuk kehidupan yang lebih harmoni. Bukan untuk orang lain, untuk diri kita juga.

4 ulasan:

  1. ye kadang bengang jugak orang yang macam ni :/
    jemput join ---> http://mellyareenza.blogspot.com/2014/08/segmen-jom-blogwalk-2-by-mellya.html

    BalasPadam
  2. klu kita, kita main lampu. baru dy sedar

    BalasPadam
  3. yang macam ini, kita dah main-main lampu, tapi mereka still tak turunkan lampu, macamana nak buat tu?

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.