Perkara mesti lihat dan buat ketika di jepun. (Bahagian 2)

Ogos 21, 2014
Anda dah baca apakah perkara yang mesti lihat dan buat ketika berada di jepun bahagian 1? Jika belum, anda boleh baca di sini.

Ini adalah sambungan dari cerita sebelum ini. Jom,layan.

Makanan di sebalik cermin.



Jangan tertipu dengan display makanan yang ada kerana ianya mungkin hanyalah plastik! Nampak macam real kan?

Cuba makanan baru setiap hari.



Bila di negara orang, mencuba makanan baru pasti termasuk di dalam senarai. Jadi, jangan lepaskan peluang mencubanya, dan sentiasa pastikan ianya halal.

Mencuba makanan pelik.



Jepun juga terkenal dengan makanan yang pelik-pelik. Ini juga boleh menjadi pengalaman teristimewa anda!

Kimono!



Kimono adalah antara pakaian lama-lama dulu di jepun ( masih ada juga yang memakainya sekarang) . Cari seseorang yang memakai kimono dan bergambar dengannya. Ataupun, boleh beli satu, dan bawa pulang sebagai kenang-kenangan anda di jepun.

Buat sesuatu perkara yang tidak akan anda lupakan.







Bagi mereka yang minat sukan drift, anda boleh merasai pengalaman ini di ebisu-circuit.

Melihat pokok sakura.



Pastikan anda datang pada musim yang betul. Sangat indah! Sesuai untuk mereka yang berbulan madu.

Kebun bonsai.



Taman-taman yang ada di kuil jepun biasanya mempunyai pokok yang berusia lebih daripada 500 tahun!

Sumber : fatlace.com

Tiada ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.