Tabiat sukar memaafkan.

Ogos 13, 2014

Aku rasa ada juga mereka yang mempunyai tabiat seperti aku ini. Tabiat sukar memaafkan kesalahan orang lain kepada diri kita. Aku mempunyai perasaan yang sangat kuat tentang perkara ini. Sehingga membawa kepada perasaan benci. Sekiranya aku mula tidak sukakan sesorang itu, bercakap dengannya juga adalah suatu perkara yang mustahil bagi aku.

Ianya suatu perasaan yang sangat kuat dan tebal di dalam diri aku. Sehinggakan aku merasa, tidak mempunyai rakan bukan menjadi masalah kepada diri aku. Aku lebih suka menyendiri. Tengok wayang seorang diri, makan seorang diri dan pernah aku menyendiri ketika bekerja! Aku rasakan, ianya adalah suatu penyakit!

Aku seorang yang mudah tersentuh. Aku adalah manusia "split personality". Emosi aku sangat cepat berubah. Dalam pada ketawa, aku mampu berubah menjadi marah. Terkadang, gurauan kecil mampu mewujudkan perasaan tidak selesa di dalam diri aku. Ini menjadi penyebab kepada jumlah rakan-rakan di sekeliling aku.

Aku sangat sukar mengatakan perkataan maaf. Kadang kala, ianya berlarutan bertahun lamanya. Dan ia sedikit pun tidak memberi kesan kepada aku ( dari segi perasaan). Tetapi aku sangat pasti, yang ianya pasti menjadi racun jika dibiarkan terlalu lama.

Ini adalah suatu penyakit! Kerana aku selalu merasakan aku berada di pihak yang benar. Ia berkenaan penyakit hati. Penyakit perasaan. Apakah ubat paling mujarab? Ada masanya, perasaan sunyi datang menganggu aku. Perasaan ingin dikelilingi rakan-rakan yang ramai.

Aku perlu berubah! Aku mesti berubah! Dan pasti, aku berjaya berubah!

Tiada ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.