7 Sebab gagal kurangkan berat badan.

September 17, 2014
Ini adalah untuk mereka yang berusaha mengurangkan berat badan tapi tak kurus-kurus! Mesti kecewa kan? Ke gym, bersenam setiap hari, tapi tak juga kurus. Di mana salahnya? Mungkin ini adalah penyebab kepada kegagalan itu.

1. Tidak dapatkan lemak yang cukup.

Ia bukan lemak untuk mengemukkan. Apa yang dimaksudkan adalah lemak sihat. Anda mungkin makan lemak yang tidak sihat sepanjang hari. Ini termasuk lemas trans dan lemak yang diproses.

Lemak sihat datang daripada ikan, telur, avokado, kelapa dan sebagainya. Ini adalah perlu untuk pertumbuhan sel yang sihat.

2. Makan terlalu banyak buah-buahan.

Ha? Bukankah makan buah-buahan itu baik? Sabar dahulu. Semua sedia maklum yang buah-buahan itu manis.Ya. Buah-buahan juga mengandungi gula! Sama seperti karbohidrat, gula di dalam buah-buahan akan dipecahkan kepada glukosa. Ini akan menyebabkan pankreas melepaskan insulin. Bila kedua-duanya berlebihan, ia akan menghasilkan lemak yang tidak baik!

Sentiasa pastikan gabungan karbohidrat yang rendah dengan antioksidan yang tinggi di dalam pemilihan makan anda.

3. Tidak cukup tidur.

Corak tidur mempunyai impak yang besar kepada tahap hormon kita dan tahap hormon menentukan bagaimana gemuk atau kurus kita. Jadi, sila jaga waktu tidur ya.

4. Terlalu tertekan.

Setiap kali kita menghadapi tekanan, sama ada secara fizikal, emosi atau mental, badan kita akan bertindak balas dengan melepaskan bahan kimia yang dipanggil kortisol.

Dalam kes tekanan yang kronik, akan terhasil deposit lemak di sekitar pinggang kita.

5. Latihan kardio yang berlebihan.

Lamanya masa kita di atas treadmill tidak menjamin kempisnya perut kita. Hal ini pada dasarnya, melihat senaman itu sebagai satu tekanan. Jadi, bila wujud tekanan, apakah yang terhasil darinya? Sila baca No.4 semula. hehehehe.

6. "Potong" terlalu banyak kalori.

Adakah dengan menyekat banyak kalori boleh membantu kita menurunkan lebih banyak berat badan? Ia hanyalah seperti badan kita mengalami kebuluran.

7. Badan penuh dengan karbohidrat.

Terlalu banyak karbohidrat yang diproses, akan melibatkan tahap insulin kita. Jika ini berterusan, sel-sel lemak cenderung untuk menjadi lebih kuat dan bertahan dan kemudian tiada senaman atau diet di dalam bumi yang boleh mengurangkannya.

Jadi, dah nampak kenapa kita gagal kurangkan berat badan walaupun dah berusaha, berpenat lelah di gym atau bersukan?

Selepas ini, ianya boleh dijadikan rujukan untuk proses yang berikutnya.

Harap ia membantu. :)

H.I

3 ulasan:

  1. info yang sangat berguna.. thanks for sharing.

    N mengalami no 1, 2, 3 dan 4... hurmm patut la tak kurus-kurus

    BalasPadam
  2. No 1 - hmmm... entahlahhhh
    No 2 - lama dah tak makan buah
    No 3 - terlebih tidur rasanya
    No 4 - betul, stress sangat
    No 5 - lama dah tak buat exercise hehe
    N0 6 - tak berapa faham
    No 7 - ya terlebih banyak

    kesimpulannya, mimi je nak kurus buat masa nih. tunggu cuti. Anyway, nice info. dan saya sudah follow juga

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.