Adakah anak itu rezeki?

September 16, 2014
Tajuk post aku hari ni macam banyak ke arah anak. Adakah anak itu rezeki? Ini aku kaitkan pulak dengan mereka yang sudah mempunyai anak dan ingin menambah anak.

Semua orang akan cakap benda yang sama. Anak itu adalah rezeki. Dalam konteks bagaimana ia adalah rezeki. Ini yang cuba aku kongsikan. Apa pun, ini adalah pendapat peribadi aku. Mungkin berbeza dengan orang lain. dan sekali lagi, ini hanyalah pada pandangan aku.

Ia di panggil rezeki jika kita memang mampu untuk menerimanya. Jika kita sendiri hidup di dalam kepayahan, bagaimana kita ingin menjaganya kelak?

Apa yang aku cuba sampaikan disini adalah, jika sesebuah keluarga itu, mempunyai seorang anak, dan ekonomi mereka hanya cukup-cukup makan sahaja. Sampai ada masanya, perlu meminjam wang dari keluarga terdekat. Tidakkah ia akan membawa beban yang lebih teruk jika mereka menambah ahli keluarga?

Biasa kita dengar, anak yang lahir akan membawa rezeki bersama mereka. Rezeki itu perlu diusahakan. Bukan hanya menadah tangan memohon pada Allah agar dikurnaikan rezeki yang melimpah ruah. Ini yang sebenarnya banyak berlaku di dalam masyarakat kita. Ia benar!

Anak itu yang akan mendoakan kita kelak. Ya! benar, doa mereka adalah harta buat ibu bapa yang sudah tiada. Tetapi, jika ia di didik dengan baik. Bagaimana kalau tidak? Bagaimana kalau ia membawa kepada kerosakan? Jika kewangan kita lemah, bagaimana kita ingin memberi pendidikan yang baik? Adakah sekadar berbicara sahaja?

Dulu boleh sahaja bela sampai 10 orang anak. Ya, bezakan pula dengan ekonomi zaman dahulu. Bayar rumah sahaja sudah RM900++. Bagaimana pula dengan duit kereta? Bil? Belanja makan? Peralatan anak yang sedia ada? Bagaimana?

Anak adalah rezeki jika kita betul-betul bersedia. Ini adalah pendapat aku. Bersedia dari segi kewangan. Ini untuk kelansungan hidup anak-anak.

Bukan tiada cerita, anak-anak terbiar dek kerana ibu bapa tidak mampu menangung hidup mereka. Hingga sampai berbunuhan pun ada. Kerana apa? Kerana apa ia berlaku? Kerana tekanan hidup. Kerana tekanan kewangan semasa.

Kenapa diseksa jiwa anak sedemikian rupa. Aku pasti, jiwa mereka terseksa. Mereka juga punya keinginan. melihat anak-anak yang dipenuhi kehidupan mereka dengan kelengkapan semasa. Dan anak-anak yang ibu bapa tidak mampu sediakan ini? Bagaimana?

Aku membesar di celah-celah lorong. Bukan kerana ibu dan bapa aku tidak mampu untuk membesarkan aku. Tetapi aku yang memilih untuk hidup seperti ini. Dan aku biasa dengan anak-anak yang tidak mempunyai apa-apa ini. Kehidupan mereka menderita! Dan siapa yang amik pusing dengan perkara ini? Siapa?

Jadi, mengapa dibuat anak itu jika ibu bapa tidak mampu untuk memenuhi keperluan mereka? Adakah fikiran seperti " Ayah tak mampu beri kekayaan pada kamu, kamu perlu berdikari untuk berjaya di dalam kehidupan kamu".

Aku dah bosan dengan ayat ini! Berapa ramai yang berjaya? Berapa ramai pula yang kecundang? Sebagai ibu bapa, jika tidak diberi kekayaan kepada anak-anak, sediakan mereka tapak untuk mereka ke arah itu. Bukan meminta anak-anak untuk mencari tapak dan seterusnya mengapai kejayaan.

Hmm. Aku sangat emosi dengan perkara seperti ini. Aku merasakan setiap peribadi mereka yang tidak dipenuhi permintaan kehidupan. Bukan minta perkara mahal pun. Sekadar keinginan "murah"! Itupun tak mampu dipenuhi ibu bapa.

Jadi buat apa tambah anak jika tak mampu??

Adakah anak itu rezeki?

H.I

2 ulasan:

  1. Jangan salah anggap dengan entry ini yer. Entry ini saya maksudkan pada mereka yang kurang mampu dari segi perbelanjaan.

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.