Harapkan balasan.

September 29, 2014
Biasa tak dengan perkara macam ni. Bila kita hadiri sesebuah majlis perkahwinan atau apa sahaja majlis, kita mengharap mereka untuk turut sama hadir pada majlis kita nanti. Biasa kan?

Sama juga dalam dunia blogging ni. Bila kita add seseorang itu, dan orang itu pula belum menjadi kawan kita, kita juga mengharap mereka membuat perkara yang sama.

Pendek kata, kita mengharapkan balasan dari setiap apa yang telah kita buat. Dan sudah pasti, pasti akan ada yang tidak menghadiri majlis atau add kita semula sebagai rakan.

Perlu atau tidak kita mengharapkan balasan ini?

Pada fikiran aku atau pandangan aku. Perlu juga. Ini adalah pendapat peribadi aku. Seperti mana mereka, yang inginkan majlis mereka meriah. Kita juga inginkan. Seperti mana mereka yang inginkan blog mereka nampak hebat, kita juga inginkan. Jadi, ianya perlu di mata aku.

Tidak perlu mengeluarkan wang, hanya untuk menjadi rakan di blog. Hanya "click" sahaja. Ini bukanlah paksaan yer. Bunyi macam paksaan pula. Hehehehe.

Dan memerlukan wang untuk isi minyak kereta bila mana ingin menghadiri majlis rakan-rakan. Dan alasan mereka yang tidak dapat hadir ke majlis kita adalah tiada wang untuk isi minyak dan tiada masa.

Kita juga memberi sedikit masa untuk menghadiri majlis mereka. Dan kita juga mengeluarkan wang. Jadi, kita melakukan perkara yang sama seperti mereka.

Aku ingat, jika aku ingin adakan majlis, aku perlu hadkan sedikit kewangan kepada rakan-rakan baik aku. Sediakan duit minyak mereka. Hahahahaha. Boleh ke macam itu?

Dan untuk rakan blogging pula. Tiada paksaan untuk anda. Blog ini, diwujudkan aku, hanya untuk berkongsi cerita-cerita aku. Sebab itu lah ia di namakan Ceritaejoy. Hehehehhe.

Tiada ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.