Kelas seni beladiri anak-anak.

September 17, 2014

Anak-anak perlu diajar seni beladiri. Ini bertujuan untuk, melindungi mereka dari bermacam perkara yang tidak di ingini. Zaman sekarang ni, macam-macam kes yang kita dengar, samada melalui berita, surat kabar, atau melalui cerita dari mulut ke mulut.

Aku rasa, ia adalah perkara yang perlu dilakukan oleh setiap ibu bapa. Selain mengajar mereka berhadapan dengan kes-kes tertentu, seperti culik dan sebagainya, ilmu pertahanan diri juga sangat perlu untuk kes-kes seperti buli.

Banyak kita dengar sekarang ni kan, kes buli disekolah semakin menjadi-jadi. Aku yang tengok melalui video, dah terasa ganasnya anak-anak zaman sekarang ni. Ada juga kes yang melibatkan kematian.

Jadi, ilmu beladiri sangat penting kepada mereka. Ada banyak kelas, yang tawarkan pengajaran ini kepada anak-anak kecil. Duit boleh di cari, anak tak mungkin dibeli. Betul bukan?

Bila anak dah cukup mahir, mereka juga perlu diajar tentang, cara pengunaan ilmu yang betul. Kita perlu sentiasa memantau anak kita supaya ilmu ini digunakan mereka, bertujuan untuk melindungi diri mereka daripada menjadi mangsa buli, dan bukannya menjadi mereka yang membuli.

Selain itu, seni beladiri juga mendidik anak-anak menjadi seorang yang berdisplin. Banyak ilmu-ilmu tentang displin diterapkan di dalam seni beladiri. Ini menjadikan anak kita, lebih berjaya di dalam hidup mereka.

Di dalam seni beladiri juga, ia mendidik anak kita supaya berdikari. Tidak hanya berharap, ibubapa sentiasa ada untuk melindungi mereka. 

Jangan hanya melihat ia sebagai pertahanan diri semata-mata. Banyak perkara positif yang boleh anak kita dapat dari setiap pengajarannya.Oleh itu, ibubapa sekalian, jangan takut atau teragak-agak untuk menghantar anak kita ke kelas seni beladiri. Mereka juga perlukan ilmu ini untuk diri mereka.

Aku juga sedang memikirkan, apakah jenis seni beladiri untuk anak aku, bila dia sudah cukup umur nanti. :)

H.I

Tiada ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.