Stock take Sept'14

September 30, 2014
Fuh. Akhirnya, dapat juga aku update blog aku ni. Setelah 1 hari berpenat, menjayakan stock take untuk suku kedua.

Tugas aku mudah sahaja. Kendalikan bahagian " Non counting part", ataupun, part-part yang tidak dikira. Sepatutnya kerja aku tidak langsung memenatkan, cuma bila tengok rakan-rakan lain bekerja dengan keadaan sedikit memenatkan, tak sampai hati pula, jadi, terpaksala aku sertai mereka.

Audit kali ini sedikit bermasalah. Ini di akibatkan oleh ramai pekerja baru yang tiada pengalaman dalam event seperti ini.

Jadi, banyak kad yang rosak dan terpaksa di isi semula. Ada juga kuantiti di dalam kad tidak sama dengan kuantiti sebenar. Ini menyukarkan juruaudit mengambil data sebenar keuntungan syarikat.

Masalah kecil biasa berlaku di dalam sesuatu event, tetapi bila berlaku terlalu banyak masalah, ia menganggu keseluruhan event.

Dan ini menyebabkan event yang sepatutnya mengambil masa 2 jam atau kurang menjadi berjam-jam lamanya.

Apa-apa pun, Alhamdulilah, semuanya berjaya. Ini menjadi pengalaman baru kepada pekerja yang baru berhadapan dengan event seperti ini.

Semoga event seterusnya akan menjadi lebih mudah.

InsyaAllah.

Tiada ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.