Ikhtiar hidup dengan makan biawak.

Oktober 28, 2014

Aku terbaca dalam surat kabar tentang isu semasa di kuala kangsar yang mana dalam 1 karnival yang di adakan, pengunjung dijamu dengan hidangan biawak bakar.

Sedikit perkongsian daripada aku, ini adalah cara iktiar hidup tentera bila berada di dalam hutan. Cuba anda bayangkan, bila mereka berperang dan berada di dalam hutan, apakah makanan mereka? Tidak mungkin nasi beserta ayam goreng serta lauk pauk yang lain. Jadi inilah hidangan mereka bila mereka sudah tidak ada makanan lain.

Apa sahaja yang ada, itulah hidangan mereka. Aku tahu kerana ayahku tentera. Dan aku pernah tinggal di asrama tentera. Cuma aku belum merasa setiap hidangan ini. Tetapi aku biasa melihat dalam latihan tentera, mereka memakan pelbagai makanan-makanan yang tidak mungkin kita sebagai orang awam akan makan.

Monyet, ular, biawak, katak, hampir apa sahaja yang ada dihutan. Ini untuk mereka meneruskan kehidupan bila tidak ada lagi makanan yang halal dan baik bersama mereka.

Usah kata mereka, andai kita berada di tempat yang sama, apa kita akan buat? Mungkin ada yang memilih untuk mati daripada makan makanan seperti ini. Pada mereka yang ingin meneruskan kehidupan, inilah makanan yang kita ada.

Tetapi aku ingatkan sekali lagi, ia boleh menjadi makanan kita bila kita sudah tidak ada makanan yang halal dan baik, untuk dimakan lagi.

Aku teringat kisah seorang mangsa runtuh, lama dulu kisah ini, dia berada di bawah runtuhan untuk tempoh masa yang sangat lama, bila pasukan penyelamat datang membantu, mereka hairan ada lagi manusia yang hidup di bawah runtuhan. Bila di tanya, bagaimana dia boleh hidup, jawapannya adalah dengan memakan bangkai kucing yang ada berdekatannya.

Apa anda mampu untuk makan? Jika tidak, jawapannya adalah, temui kematian.

Untuk kes seperti ini, bila tidak ada lagi makanan yang boleh dimakan untuk tempoh yang lama dan boleh membawa kepada kematian, barulah boleh makan makanan seperti yang aku ada sebut diatas.

Alangkan khinzir juga boleh menjadi hidangan umat islam, dengan syarat, sudah tidak ada lagi makanan yang halal dan baik di sekeliling seseorang itu untuk tempoh yang lama dan boleh membawa kepada kematian. Jika ada, maka haramlah memakan khinzir tu.

Tetapi untuk kes seperti di kuala kangsar, ia boleh menjadi isu kerana sudah pasti ada makanan lain di situ. Dan mereka yang memakannya pula adalah mereka yang bukan berada di suatu tempat yang tiada makanan lain.

Mana boleh makan suka-suka. Kan islam mengajar kita untuk mencari makanan yang halal dan baik. Kerana ia akan menjadi darah daging kita. Dan kekal selama-lamanya dalam tubuh kita.

Untuk isu seperti ini, biarlah ulama yang menentukan hukumnya. Aku bukanlah alim ulamak atau ustaz, tetapi jika aku, tidak mungkin aku memakannya kerana aku masih boleh mencari makanan yang lebih baik lagi.

Dan tidak sepatutnya, ianya dihidangkan kepada orang awam.

Wallahualam.





Tiada ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.