Migrain.

Oktober 27, 2014
Penat sungguh aku semalam. Semuanya kerana semalam aku memindahkan barang-barang dari rumah sewa ke rumah yang aku beli. Sebenarnya, aku masih belum dapat kunci rumah lagi, tetapi disebabkan bebanan kewangan yang sedikit meningkat, aku memutuskan untuk menghentikan rumah sewa dan "menumpang" di rumah mertua aku buat seketika.

Hmm, jarak dari pekan telok mas ke alor gajah. Jauh sedikit. Ini memaksa aku untuk keluar lebih awal ke tempat kerja. Bila sebut keluar awal, kena la bangun awal, bila sebut bangun awal, mestilah kurang tidur, dan bila sebut kurang tidur, akan ada sedikit efek pada kesihatan.

Aku pasti akan mengalami masalah sakit kepala atau migrain. Ha! Kenapa perkara seperti ini terjadi ye? Aku paling tak suka benda-benda macam ini. Yelah, nak memandu jauh, bila memandu, kita perlu fokus, dan bagaimana mungkin aku boleh fokus kalau kepala aku berdenyut-denyut?

Ramai yang menasihatkan aku untuk tidur awal. Dan soalan yang biasa aku tanyakan kembali adalah, pada jam berapakah yang dimaksudkan dengan awal tu?

Bukan aku tidak mahu tidur awal. Jika sewaktu bujang dulu, memang tiada masalah, tetapi bila sudah berumah tangga dan mempunyai anak, ianya agak sukar. Ini kerana, aku kesian melihat anak aku bermain seorang diri.

Pernah aku tidur awal, tetapi terpaksa (terpaksa? Hmm) bangun semula kerana anak aku menarik-narik tangan, kaki, hidung, telinga, semualah, dan minta untuk menemannya bermain.

Aku tidak boleh membazirkan masa yang berlalu begitu sahaja. Ini adalah masa, yang tidak mungkin aku kecapi lagi. Aku pasti akan rindukan saat ini.

Jadi, apa yang perlu aku buat? Jawapannya adalah, menerima semua perkara seadanya. Yeah! Inilah kehidupan. Inilah warna warni kehidupan.

Tetapi, rakan-rakan blogger ada tak petua kurangkan atau ubati migrain? Aku malas nak ambil ubat. Sebab ubat ni, takleh bergantung sangat. Kalau terlalu bergantung pada ubat, rosak tubuh kita nanti.

Kalau ada, sudi-sudikanlah kongsi yer. :)


Tiada ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.