Minta maaf dengan anak.

Oktober 21, 2014
Jangan rasa malu untuk minta maaf dengan anak jika kesalahan itu berpunca daripada ibubapa. Ada golongan ibubapa yang merasakan mereka adalah tonggak keluarga dan tidak boleh sama sekali meminta maaf dari anak. Pada pemikiran mereka, setiap daripada perbuatan mereka adalah betul.

Aku melihat daripada sudut emosi anak-anak. Yang mana, dengan perkataan maaf daripada kita, bukan sahaja boleh mendidik mereka malah menyerapkan unsur pemaaf di dalam diri mereka.

Tidak semestinya kita adalah ketua keluarga, maka kita tidak boleh meminta maaf daripada anak. Mereka juga punya hak yang sama untuk itu.

Ini bukan cerita tentang merendahkan hak ibubapa. Ia lebih kepada merendahkan ego. Sudah pasti ego seorang lelaki itu lebih tinggi dalam hal seperti ini.

Aku sendiri susah untuk mengeluarkan perkataan maaf. Itu aku akui. Tetapi aku tetap mempelajari bagaimana boleh aku sentiasa mengunakan perkataan ini. Melihat pada kesesuaian masa dan ketika. Bukan semua perkara aku mengeluarkan perkataan ini.

Sebagai contoh, jika anak aku melakukan kesalahan dan aku menghukum beliau. Maka dari perbuatan ini, aku tidak meminta maaf dari beliau, tetapi mengajar beliau untuk  meminta maaf. Sebaliknya, jika ia sekadar perbuatan yang tidak melampaui batas, tetapi aku menghukumnya, dari sudut ini aku perlu untuk meminta maaf dari anak aku. Mungkin aku bertindak atas dasar emosi aku ketika itu.

Anak kecil membesar dengan belajar melalui persekitaran mereka. Kalau baik, baik la dia, begitulah sebaliknya.

Anak juga membesar melalui perbuatan kedua ibubapanya. Kalau baik akhlak ibubapa, baik jugalah akhlak anak mereka.

Biasa dengarkan, orang mengeluarkan kata-kata "apalah anak dia ni, mak bapak tak ajar ke?"

Mengapa ibubapa yang disalahkan? Kerana ibubapalah yang perlu mendidik anak mereka, guru disekolah hanya membantu.

Jadi, mula dengan perkara yang paling kecil. Mendidik anak melalui perbuatan kita. Mendidik jiwa mereka menjadi seorang yang pemaaf dan mudah memaafkan.

Jika hati mereka sudah di didik seperti ini, maka tidaklah sukar untuk mendidik mereka menjadi insan yang sempurna akhlaknya.

Jika hati keras, belanja beribu ringgit pun tiada gunanya.


Aku menulis kerana aku merasa.


Tiada ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.