Hati-hati dengan agenda tersembunyi pemaju perumahan.

November 24, 2014
Ini adalah perkara yang ramai pembeli rumah baru tidak tahu atau terlepas pandang. Dan bila sampai masanya, mereka akan rasa cukup menyesal.

Aku menceritakan tentang bayaran " Late interest payment". Bayaran yang dikenakan pemaju kepada pembeli di atas kelewatan pihak bank membayar kepada pemaju.

Nampak tak ayat di atas. Pemaju cas bayaran lewat kepada pembeli. Persoalannya adalah, kenapa pembeli rumah yang di cas pemaju dan bukannya pihak bank?

Inilah agenda tersembunyi pemaju. Dan pembeli tidak mampu berbuat apa-apa kerana ianya sudah tertulis di dalam buku perjanjian jual beli.

Perkara yang sudah lapuk dan tidak langsung di pandang pihak berwajib!! Siapa yang menjaga hak pembeli?

Pemaju sudah mendapat bayaran penuh daripada bank dan mereka minta lagi daripada pembeli. Harga yang dikenakan bukanlah sedikit, boleh mencecah ribuan ringgit! Dan pembeli terpaksa membayar kerana inginkan kunci rumah.

Bagaimana perkara ini terjadi? Semasa proses pembayaran bank kepada pemaju, pasti akan ada kelewatan samada daripada bank atau pemaju. Kelewatan berpunca daripada samada borang yang dihantar pemaju tidak cukup lengkap dan mengakibatkan ianya ditolak pihak bank, atau kekurangan data daripada peguam yang menyebabkan ianya di tolak pihak bank atau kelemahan pegawai bank dalam menguruskan pengeluaran wang kepada pemaju.

Ini anda boleh ketahui melalui salinan surat yang di hantar kepada anda. Surat yang menyatakan kelewatan pihak bank membayar kepada pemaju.

Bagi mereka yang tidak punya pengalaman, akan menganggap ia sebagai info daripada pemaju sahaja. Seperti aku, Aku ada membuat panggilan kepada pemaju, menanyakan perihal ini, dan pemaju perumahan cuma memberitahu ianya hanya info kepada pembeli sahaja.

Nampak tak permainan pemaju di situ? Mereka tahu, yang pada akhirnya, di saat pembeli ingin mengambil kunci, pembeli terpaksa membayar denda lewat ini. Permainan sangat kotor!!

Ini bukan perkara baru, ianya sudah lama di bincangkan. Terlalu lama. Anda boleh google tajuk "bayaran interest late payment dari bank" dan akan keluar pelbagai versi dan cerita.

Jadi, aku ingin kongsikan kepada semua pembeli rumah baru, supaya anda tidak akan di cas oleh pemaju yang secara sengaja ingin mengambil wang dari anda.

Bila dapat sahaja surat salinan tentang bayaran lewat daripada bank, call pihak bank dan tanyakan hal ini. Dan minta mereka bayar secepat mungkin, beritahu mereka, kerana perkara seperti ini, akan menyusahkan pembeli kelak!

Simpan semua surat menyurat, data-data penting berkaitan rumah anda. Jika akhirnya, pemaju minta anda bayar, kemukakan pada mereka bukti-bukti anda. Lagi bagus dalam size A3,A2,A1 atau jika ada size yang lebih besar.

Dan jika anda terkena juga, jika ia berkaitan bank, report sahaja pada bank negara. Jika berkenaan kelewatan peguam, report pada bar council, dan jika berkaitan kesalahan pemaju, report pada badan berkaitan perumahan. Jika ada link dengan ketua menteri, report sahaja pada ketua menteri.

Perkara yang sudah lama, tetapi masih bergerak aktif. Apakah ini permainan 3 pihak?



7 ulasan:

  1. sy dh la x tahu pasal benda ni..buta2 je kena tipu nanti.aduhai..

    BalasPadam
  2. Saya pun baru tahu. Tahu pun sebab dah terkena. Sekarang sy dalam proses nak finding, salah datang dari pihak mana. Dah sediakan document bukti. Banyak saya kena bayar gan pemaju. RM1700 lebih. Duit tu boleh guna macam-macam. Hmmm..

    BalasPadam
  3. so sekarang apa cerita en hafiz? sebab sekarang saya plak kena..

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya dah dapat semula bayaran late interest ini daripada bank..tapi tidak penuh. separuh sahaja. saya buat surat rasmi, saya sertakan kesemua bukti yang ada, dan saya email pada bank negara *jika ianya melibatkan bank*.

      Padam
  4. Saya baru je semalam berjumpa dengan pihak developer. saya dikenakan rm9k sebab kelewatan. bila tengok kronologi byk document yang tak lengkap itu yg melambatkan proses. jadi siapa yg perlu saya rujuk. dah nak serah kunci bru inform kita ada faedah sbb byr lmbt. bila tanya pihak developer. diorang kata bukan kerja diorang utk push lawyer atau bank. pembeli yg kena update semua. dah la lawyer tu appointed by them. diorang tak nak guna lawyer bank. sekarang ni mcm mana saya nak claim balik byrn tu. kepada pihak bank atau lawyer. tgk kronologi mcm lawyer problem. rm9k byk tu. grill pun tak pasang lagi. mohon pencerahan. saya nak cari lawyer utk settle kes ni tapi tak tahu dari mana nak mula. ditambah pula pemaju mengenakan bayaran utk kutip sampah slama 6 bulan (RM600) sedangkan rumah msih dalam proses. cukai taksiran 2015 2016. rumah baru siap 2017. cukai pintu. dan banyak lagi cas tambahan. faedah sahaja dah rm7k. mohon bantuan. boleh emel direct kepada saya nurfauzanikmi91@live.com. terima kasih atas pertolongan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baiklah, macam ni puan Nur Anua. Mengenai bayaran late interest ni. dari apa yang saya faham dan saya baca melalui blog-blog yang menulis mengenai perkara ini, Kita tidak akan dapat kesemua jumlah yang kita bayar. katakan puan kena bayar RM9K. puan tidak akan dapat semula duit RM9K tu. tapi apa yang puan boleh buat adalah:

      1) buat surat rasmi dan hantar kepada pemaju. surat tersebut adalah untuk mengurangkan bayaran yang puan kena bayar. katakan kena bayar RM9K. Puan minta kurang lagi, lagi rendah lagi bagus.

      2) katakan puan dapat pengurangan sebanyak RM7K. Puan kena bayar jumlah tersebut. memang nampak tinggi, tapi percayalah cakap saya, puan buat macamana pun, akhirnya puan kena bayar juga. jadi dari pengalaman saya, adalah baiknya puan bayar jumlah tersebut.

      3) pastikan puan ambil resit bayaran tersebut. kerana ada pihak pemaju dengan sengajanya tak mahu bagi kita resit. minta pemaju resit dan pastikan dia tulis dekat resit tu "bayaran late interest".

      4) scan resit tu dan surat puan kepada pihak pemaju dan hantarkan kepada BNM melalui email. boleh dapatkan email tersebut pada laman web bnm. sertakan sekali nama pemaju, nama peguam dan apa sahaja bukti yang ada.

      5) pihak bank negara akan menghubungi puan sebaik sahaja mereka menerima email puan. dan kebiasaannya BNM akan beri masa 14 hari kepada pihak peguam dan pemaju.

      6) siasatan akan dibuat, dan pihak yang bersalah akan membayar semula duit puan. tapi seperti yang saya ada beritahu tadi, puan tidak akan dapat sepenuhnya. katakan puan perlu bayar RM7K. mungkin pihak bank akan bayar RM4K atau RM5K, mungkin. tapi tidak akan bayar RM7K semula kepada pihak puan. pada saya adalah lebih baik kita dapat semula duit kita walaupun separuh daripada tak dapat apa-apa.

      7) nasihat saya, jangan buat sendiri. samada telefon peguam atau pemaju untuk tanyakan hal ini. kerana kedua-dua pihak tak mahu bertanggungjawab. dan ada sebabnya kenapa pemaju ambil peguam sendiri dan bukannya peguam bank. dan kalau buat sendiri, masa yang diambil akan jadi terlalu lama.

      8) lebih baik ikut seperti apa yang saya cadangkan dan libatkan bank negara dalam hal ini. semuanya akan jadi lebih pantas. ok?

      Padam
  5. Tq for info. My story paling sedih i rasa. In 2015, I kena Late charges rm25k dari pemaju. Bank muamalat n panel lawyer pemaju buat bodoh jer bila i minta penjelasan. Sbb 1st time buyer.
    Muamalat: dh setahun i sgn pjman tp xde apa2 follow up. Bila dh kena LPC chck dgn branch mlk. Loan x exist.. rupanyet peg yg incharged dh tranfer kl n buatkn loan ikut branvh kl .
    Time nk telease loan.. tetiba dpt tahu insurance xlepas so kena top up rm30k pulak. Sy kata saya xnak beli sbb xmampu tp dia kata nama dh tukar ke nama saya.
    Lawyer : langsung xbagtahu apa2 maklumat tentang bayaran ke apa.

    Akhirnya saya sendiri buat rayuan to dev. Dpt kurang ke rm15k. Shj. I xbyr . So xdpt kunci. Untill now i xdpt kunci . Dah 3 tahun byr lian rumah tapi xdpt duduk. Masih duduk rumah sewa.. Tp bank i byr.
    Anyway i akan try buat aduan tu bnm. Tapi joleh ler bawa ke tribunal perumahan? Jika ada sesapa yg boleh bg pandangan . Boleh text idi 012-6837139.. really need opinion . Tq


    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.