Lebih Selesa Di Rumah Sendiri

November 22, 2014
Aku masih lagi dibelengu isu rumah. Aku sekarang, Menumpang "sementara" sahaja di rumah mertua aku. Hanya bersifat sementara. Ini kerana, aku masih menunggu rumah yang aku beli. Sepatutnya, aku dah dapat kunci semalam, tetapi atas isu yang "mengarut tahap gaban", ianya terpaksa dilewatkan sedikit. Ini aku akan cerita dalam entry lain.

Berbalik kepada isu rumah ini. Anak aku bakal menjengah ke usia 2 tahun pada bulan 1 ini. Kebiasaannya, dalam usia sebegini, mereka akan lasak kerana inilah waktunya mereka mempelajari dan ghairah mengenal keadaan sekeliling.

Tetapi, ianya terhalang dek kerana sifat mertua aku yang tidak sukakan keadaan huru hara di rumah. Aku sendiri tidak pasti, jika ada rumah yang sentiasa kemas, jika di dalamnya ada anak sekecil ini.

Tambahan lagi, mertua aku menginginkan isteri aku, menjaga sepenuhnya rumah ini, sama seperti sewaktu beliau anak dara. Dari A sampai Z. Apa yang menghairankan aku adalah, status isteri sudah ada, dan mempunyai seorang anak. Jadi, mengapa perlu disuruh, itu dan ini? Mengarah seperti tiada apa-apa yang berlaku? Dan aku sebagai suami seperti di ketepikan.

Aku sedar aku hanya menumpang. Aku bukan menetap sepenuhnya. Sekadar menetap sementara. Tidak langsung, 100% yakin, ingin terus menetap di sana.

Aku sememangnya terasa hati. Tetapi, cukup sekadar di dalam hati dan bukannya di mulut. Kerana status aku yang sedang menumpang.

Sebelum ini, rumah ini hanya di diami oleh 2 orang adik ipar aku. Kini, Ada 5, termasuk aku, isteri dan anak kami yang bakal berusia 2 tahun.

Logik juga aku katakan, bila penghuni rumah sebanyak ini. Bil-bil akan sedikit meningkat. Dan ianya juga menjadi isu besar. Semacam menyalahkan kami sepenuhnya. Seperti tidak tahu mengunakan elektrik sehingga berlaku perbaziran.

Dan yang lebih memeningkan aku adalah, bila aku tidak dibenarkan untuk membayar bil yang "meningkat", yang berjumlah "RM40", jika dibandingkan sebelum ini yang berjumlah "RM30".

Ini belum ditambah dengan isu-isu lain yang sememangnya memaksa aku untuk terus cepat mendapatkan rumah kami.

Hmm, aku sebenar-benarnya amat tertekan. Terlalu banyak yang perlu di tanggung dalam masa terdekat ini. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kami. Amin yarabbal alamin.


Tiada ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.