Siapa salah? Anak Atau Ibubapa?

November 27, 2014
Semalam, aku berpeluang bawa keluarga jalan-jalan di bandar melaka. Terasa lama sangat tak bawa keluarga jalan-jalan sebab banyak yang dah berubah di melaka. Semasa di dataran pahlawan melaka, aku terasa nak bawa anak aku ke tempat underwater tu, yeker underwater? Yang ada ikan-ikan hidup tu. Bila bawa anak aku, rupanya tempat tu dah tiada, dah di gantikan dengan ruang makan konsep baba nyonya.

Bila di sana, dari pemerhatian aku, ramai sungguh anak-anak kecil. Lupa pulak yang sekarang ni musim cuti sekolah kan? Ahahahahaha.

Bergaya sungguh mereka. Macam-macam gelagat aku lihat. Dan apa yang menarik pemerhatian aku adalah, sikap dan cara percakapan mereka.

Ada 1 kumpulan kecil, yang usia mereka, dalam lingkungan bawah 12tahun. Kiranya sekolah rendah kut. Bergaya seperti artis beserta teman wanita. Fuh! Siap ada awek tau.

Yang membuatkan aku fokus pada kumpulan ini adalah cara percakapan mereka. Ayat-ayat yang keluar dari mulut mereka, semacam lelaki-lelaki dewasa. Gaya lagak mereka juga sama.

Mungkin ini cara kehidupan anak-anak sekarang, mereka lebih advance. Dari semua aspek!

Di sini, muncul persoalan dalam fikiran aku. Jika mereka tidak di kawal, gejala sosial mudah diserap kedalam fikiran anak-anak ini. Dan sudah pasti, perkara pertama yang mereka akan belajar adalah "MENGHISAP ROKOK"! 1 perkara yang aku paling tidak suka di dalam keluarga besar dan insyaAllah keluarga kecil aku nanti.

Alhamdulilah, aku ada 4 orang adik beradik lelaki dan kesemuanya tidak menghisap rokok.

Dan anak-anak ini pula, jika dikawal, mereka akan memberontak. Jadi, sebagai ibubapa, perlu pandai mengawal keadaan. Aku fikirkan, bila kita menghalang anak-anak daripada keluar bersama rakan mereka, dan sebagai ibubapa, kita hanya membiarkan anak-anak dirumah sahaja. Mereka akan ketinggalan dari segi pambanggunan yang ada. Dan mungkin, mereka akan dipinggirkan rakan-rakan, kerana seperti tidak tahu apa-apa.

Ini adalah pandangan peribadi aku. Dan apa yang aku fikirkan adalah, bila waktu cuti seperti ini, ibubapa boleh ambil cuti dan bawa anak jalan-jalan atau pergi bercuti. Ini secara langsung boleh memberi anak-anak keseronokan semasa cuti sekolah yang panjang.

Aku teringat cerita yang diceritakan isteri aku, tentang seorang anak kecil, rasanya usianya dalam lingkungan tadika ke darjah 2. Kecil lagi. Mereka bermain di hadapan rumah aku, dan isteri aku sewaktu itu berada di halaman rumah.

Isteri aku terdengar bualan mereka seperti ini:

" Weh abang ko mana?"

Ini soalan rakan kepada anak kecil ini.

Dan ini jawapan yang di balas anak kecil ini:

"Owh, abang aku g pancut jap"

Anda faham apa yang cuba di sampaikan anak kecil ini? 1 ayat yang pada aku terlalu advance bagi seorang yang dalam usia seperti itu.

Aku tak pasti, apa aku akan buat kalau anak aku mengeluarkan ayat seperti ini. Aku juga terfikir, siapa yang salah di dalam hal ini. Anak-anak yang tidak pandai bergaul atau ibu bapa yang tidak memantau anak mereka.

Kebiasaannya, ayat yang akan keluar dari mulut orang adalah, "tak pandai jaga anak ke?" atau "mak bapak tak ajar ke?"

Orang sekeliling tidak akan menyalahkan anak ini, tetapi akan salahkan keluarga yang tidak pandai menjaga. Jadi, di dalam isu ini, siapa yang patut di salahkan?


Aku menulis kerana aku merasa


Tiada ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.