Apa yang dimaksudkan dengan dugaan?

Disember 06, 2014
Aku kini sedang bergelut dengan masalah kewangan yang sedikit teruk. Pada aku, ianya teruk dan aku tahu, ada yang lebih teruk daripada aku. Cuma aku ingin luahkan apa yang aku rasa sahaja.

Bekerja sendirian benar-benar mencabar minda aku. Terkadang jatuh juga aku dibuatnya. Tapi, bila memikirkan kehidupan yang aku ada sekarang, aku perlu berhadapan dan bukannya berpaling.

Masalah yang aku hadapi kini, datangnya secara berkelompok dan perlu diselesaikan secara sekelompok juga.

Ini yang membuatkan aku menjadi lebih tensen. Manakan tidak, bekerja sendirian dan menghadapi masalah juga bersendirian.

Dengan kes bayaran "late interest payment", yang terang-terang bukan salah aku. Tapi permainan kotor ini, seperti tidak diendahkan pihak berwajib. Tolong buka mata anda semua! Jangan kerana "wang", golongan seperti kami di tindas! Mana kata-kata nasib golongan bawahan akan di bela??

Bank lambat bayar pada pemaju, pembeli yang dikenakan bayaran lewat! Apa kejadahnya tu? Nilai yang dibayar pula bukan sedikit, mencecah ribuan ringgit. Nilai yang amat bermakna kepada kami.

Aku rasa, tiada ruang untuk rakyat bawahan menyampaikan apa yang sebenarnya berlaku. Kadang-kadang, pemimpin memang benar mengambil tahu perihal rakyat. Dan mereka mengharapkan pembantu mereka untuk membantu, tetapi pembantu tidak seperti yang diharapkan.

Perkara-perkara dan luahan rakyat tidak pernah sampai, "mereka-mereka" ini semacam pagar besi, yang mana kita tidak boleh melepasi mereka, dan dengan itu, pemimpin merasakan rakyat hidup dalam keadaan selesa dan tiada permasalahan berlaku.

Dengan kerenah bank yang pada aku macam lintah yang sedang hisap darah orang di tempat yang orang itu tak mampu lihat.

Bila bercerita perihal masalah kewangan, orang akan berkata, sabarlah, ini dugaan. Aku selalu memikirkan, apa yang dimaksudkan dengan dugaan.

Dugaan pada fahaman aku adalah, bila kita sudah berusaha dan mendapatkan sejumlah wang yang "melebihi" penggunaan bulanan kita, dan kemudiannya kita mengalami masalah kewangan, itu adalah dugaan kewangan.

Tetapi, jika pendapatan kita adalah sama dengan pengunaan atau, atau kurang daripada yang sepatutnya, janganlah cakap ia sebagai dugaan. Kerana langsung tiada usaha untuk menambah baik apa yang lemah.

Usaha takda, tau cakap, ini dugaan, ini dugaan. Apa tu?

Aku sekadar meluahkan apa yang aku rasa sekarang. Kerana inilah diari maya aku.

3 ulasan:

  1. habis tu , nak cakap apa?

    inilah Malaysia... inilah manusia. macam-macam perangai. macam-macam ragam.

    BalasPadam
  2. Sabar ya Amy J. Ini adalah luahan hati sy. Dugaan pada fahaman hidup saya, adalah bila kita sudah benar-benar berusaha, dan kemudian menghadapi masalah, itu adalah dugaan pada saya. Tetapi jika sekadar berusaha sedikit, tetapi mengharapkan pulangan yang besar, dan menghadapi masalah yang sama, ianya bukan dugaan. Ia adalah kesalahan dalam merangka atau menguruskan.

    BalasPadam
  3. Salam...
    Datang dari segmen yang sama Mia Liana
    Salam kenal dari Cikgu Farha :)

    Jom join segmen bw cikgu

    Segmen: Blogwalking Bersama Cikgu Farha

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.