Minat mendaki pulak...

Disember 24, 2014
Aku tak suka sangat aktiviti lasak ni. Aku kurang gemar. Aku lebih terarah ke sukan permotoran. Tapi akhir-akhir ni, aku jadi tertarik pulak dengan gunung ganang.

Tengok video luar negara, macamana mereka panjat gunung-gunung tinggi yang semestinya memerlukan stamina tahap gaban! Aku jadi berminat pulak walaupun aku sedar yang stamina aku tak tinggi mana.

Pemandangan dari atas gunung tu yang buat aku rasa teruja! Tapi dah menjadi lumrah, untuk dapatkan sesuatu yang indah dengan kepuasan, mesti melaluinya dengan kepayahan.

Kalau dapat team yang suka panjat gunung kan best. Rata-rata kawan aku dari kalangan bikers. Semua nak laju jer. Hahahahah.

Wife aku seorang yang sukakan aktiviti lasak. Beliau pernah mintak izin dengan aku untuk panjat gunung ledang, tapi aku tak izinkan atas sebab-sebab tertentu.

Jadi, bila aku pernah melarang dia dari teruskan aktiviti yang dia suka, bila aku utarakan minat terbaru aku ni, apalagi, kena balas balik la. Hehehe.

Hish, takleh jadi ni, ada tak blogger yang minat panjat gunung? Aku nak join lah! Hehehhe




4 ulasan:

  1. waahh dah lame tak panjat gunung.
    i know one of blogger yang suke panjat gunung.

    http://kasut-rantau.blogspot.com/ [lelaki pastinya haha]

    BalasPadam
  2. berubah hobi ke . hehee . best jugak panjat2 gunung ni

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.