Rumah sendiri VS Rumah sewa.

Disember 29, 2014
Bila sebut tentang rumah sewa, ia adalah rumah milik orang lain dan penyewa membayar sejumlah wang kepada pemilik rumah. Atau dalam erti kata lain, bayaran untuk tinggal di rumah nya.

Ia berbeza dengan rumah sendiri. Kita keluarkan duit setiap bulan, sebagai bayaran kepada bank yang terdahulu mengeluarkan wang untuk bayaran rumah kepada pemaju.

Orang cakap, bayar lama-lama pun, akhirnya jadi rumah kita. Tak macam rumah sewa, kita bayarkan untuk orang lain.

Tapi antara sedar atau tidak, kedua-duanya adalah rumah sewa. Ha? Camana tu?

Rumah sewa kita bayar sewa pada pemilik rumah. Rumah sendiri, kita bayar sewa pada bank.

Sebab apa? Selagi kita perlu membayar wang kepada bank, ia adalah milikan penuh bank dan bukannya pemilik. Tengok pada berapa lama kita membuat pinjaman. Ada yang 30tahun, ada yang 35, ada yang 40 tahun.Selama masa itulah kita menyewa dengan bank.

Andai kata berlaku apa-apa yang tidak di ingini dan kita tidak mampu membayar bayaran bulanan, mereka boleh menarik balik rumah ini pada bila-bila masa.

Jadi, bila ini berlaku, adakah boleh kita katakan ianya milik penuh kita?

Lama tu, kalau ikat 40 tahun. Umur sekarang baru 25, maknanya umur 65 tahun baru habis bayar rumah. Ish. Tak tau larat ke idak kerja waktu itu.

Tapi sebenarnya, lebih bagus jika ada rumah sendiri pada yang mampu. Aku cuma meluahkan apa yang  dimaksudkan dengan "harta" .


5 ulasan:

  1. Saya kerjja dengan developer pun tak beli2 rumah. Sebabnya fikir hutang yang puluh2 tahun tu, then interest yg sangat tinggi. Huhuhu

    BalasPadam
  2. adohai... entah bila dpt memilik rumah sndri

    BalasPadam
  3. sebab tu kena bijak menabung :D gaji dapat pandai2 susun.. penting kan rumah dr kenderaan buat masa sekarang ni.. lgpun harga rumah makin lama makin naik kan..

    BalasPadam
  4. kalau yang kurang mampu lebih baik sewa dulu

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.