Hak kebebasan seorang manusia!

Januari 23, 2015
Aku, aku dan semua manusia di dunia punya kehidupan masing-masing. Hak untuk hidup dan melakukan apa sahaja yang kita semua inginkan. Inilah hak kebebasan seorang manusia.

Apa yang cuba aku sampaikan adalah, bagaimana cara kehidupan seseorang manusia itu. Kalau kita dah masuk ke alam pekerjaan, kita sebagai pekerja dan di bawah seorang majikan. Kehidupan korang semasa bekerja sama tak seperti selepas bekerja? Maksud aku, dalam kerja bos, luar kerja pun bos jugak? Kalau sama, tak seronoklah kehidupan ni kan? Mana hak kebebasan sebagai manusia tu?

Aku lain. Aku tak suka kehidupan macam ni. Pada aku, kehidupan bekerja tidak sama dengan kehidupan peribadi aku. Kaki aku masuk je tempat kerja, aku akan menjadi seorang pekerja, kaki aku melangkah keluar je dari tempat kerja, aku akan menjadi diri aku yang sebenarnya. Inilah maksud kebebasan seorang manusia pada aku.

Dalam tempat kerja, bos maki hamun aku, aku cuma senyap dan mengiyakan sahaja semuanya. Tapi, jika ada bahasa yang kurang sesuai di gunakan pada aku. Aku akan kembalikan semula bila aku berada di luar. Kat luar, aku maki balik bos aku. Sebabnya? Ianya tidak membawa apa-apa makna bila aku berpakaian biasa dan bukannya pakaian kerja. Inilah aku.

Ada juga "Bos-bos" baru ditempat kerja aku yang menganggap kehidupan pekerja ini sepenuhnya milik mereka. Maksud aku, jika ada 24jam, maka 24jam itu mereka menjadi bos dan aku menjadi pekerja. Bila lepak minum, di suruhnya aku buat macam-macam. Ish, salah tu, jangan macam tu bos. Dalam awak bos, luar, awak sama je macam kawan-kawan aku yang lain. Takda beza pun. Aku ada kehidupan aku sendiri. Aku ada masa sebagai pekerja dan masa untuk kehidupan aku sendiri.

Aku tak berminat dalam aktiviti "membodek" atau apa-apa sahaja yang berkaitan dengannya. Ada sesetengah pekerja yang memuji bos mereka berlebihan hinggakan aktiviti luaran bos mereka pun menjadi aktiviti mereka. Di pujanya bos tu macam tuhan. Nak cepat naik pangkat dengan gaji. Tanpa sedar, hak kebebasan itu hilang dengan sendirinya.

Kenapa nak takut? Rezeki datang dari majikan ker? Allah suruh minta pada orang ke? Kenapa nak takut? Allah jadikan manusia ni, sebagai hamba pada orang lain ke? Di suruh buat itu, berlari buat, di suruh buat ini, berlari buat. So, mana kebebasan menjadi seorang manusia?

Hmm, aku cuma meluahkan apa yang tersimpan di dalam diri aku. Minda aku berfungsi sebagai pekerja hanya pada waktunya sahaja. Luar kawasan, aku menjadi aku. Aku punya kehidupan aku sendiri. Tak perlu di arah-arah. Silap arah, aku boleh tunjukkan jalan yang betul. Ini hak kebebasan aku sebagai seorang manusia!

1 ulasan:

  1. betul tue...
    kita ada hak untuk bersuara...
    kita ada hak untuk membuat pilihan...

    tapi seorang bos kerjanya bukan mengarah aja...
    tapi adakalanya harus memahami isi hati pekerjanya...

    sekadar perkongsian...
    http://jmbelog.blogspot.com/

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.