GST: Persoalan tentang perlaksanaan GST.

Februari 05, 2015
Tak lama jer lagi, kita akan menghadapi GST. Persoalannya, bersediakah kita? Mahu tak mahu, kita kena hadap jugak kan? Macam-macam persoalan yang bermain dalam masyarakat kita. Persoalan tentang perlaksanaan GST.

Aku sebenarnya, ada join seminar yang dibuat oleh kastam melaka. Dan faham la sikit-sikit mengenai GST ni. Yang mana, penjual perlu memaklumkan kepada kita, berapakah jumlah GST yang mereka kenakan kepada kita. Pembeli ada hak untuk tahu. Macamana nak tahu?

Bila anda membeli sesuatu barang yang dikenakan GST. Minta resit yang tertera GST 6%=___. Ha. Peniaga perlu memaklumkan kepada pembeli. Ini yang aku faham la. Takut-takut, ada peniaga yang tak register GST, tapi kenakan GST kepada pembeli. Aku sangat yakin, perkara seperti ini, pasti akan berlaku.

Baik. Persoalan yang bermain di dalam minda aku sekarang adalah, bagaimana pula dengan mereka yang menawarkan perkhidmatan?

Sebagai contoh, aku nak tambah binaan pada bahagian rumah aku. Terang-terang mereka tidak mempunyai resit. Jadi, bagaimana aku nak tahu, berapakah jumlah cukai yang dikenakan kepada aku. Sudah tentu, mereka akan cakap, harga sudah termasuk dengan GST. Dan tidak mustahil mereka akan kenakan harga yang berlebihan. Mengambil kesempatan ke atas GST ni tadi. Jadi, macamana?

Itu satu persoalan. Persoalan yang lainnya pula adalah, jika kita ke supermarket. Ada barangan yang tidak dikenakan GST. Ada barangan yang dikenakan GST. Dan kita membayar kesemuanya sekaligus. Di dalam resit, pasti akan tertera semua barangan. Dan di bahagian bawahnya, akan tertera GST 6%=__. Ini bermakna, barangan yang tidak dikenakan GST juga akan dikenakan cukai. Ini juga akan mendatangkan banyak keuntungan kepada peniaga.

Aku sebenarnya, ada juga menanyakan hal ini kepada rakan-rakan. Tapi masih belum mendapat jawapan. Aku postkan entry ini, agar aku boleh mendapatkan jawapan kepada persoalan aku mengenai perlaksaan GST yang akan berlaku tak lama jer lagi. Di harapkan, aku boleh mendapatkan jawapan mengenainya di sini.

4 ulasan:

  1. bila baca post ni rasa macam banyak jugak masalah yang akan jadi....hmmm
    tunggu dan lihat je lah... hehehe :)

    BalasPadam
  2. Bagi Cik candy, ada keburukan dan ada juga kebaikannya dalam GST ni.

    BalasPadam
  3. Hmm... Tunggu dna lihat.. Dlm masa yg sama... Cari juga info dan kesannya..

    BalasPadam
  4. sy pun masih agak blur psl gst ni...yg penting, kna mula blaja simpan resit huhu in the meantime, mmg kna usaha baca & fahamkan psl gst.adehh

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.