Tanggapan pertama.

Februari 24, 2015
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Permulaan hari dan permulaan entry untuk hari ni. Aku cuma nak share sikit, cerita yang berkaitan dengan diri aku. Yang mana, paling susah sekali aku nak ubah. Rasanya, ada juga rakan-rakan yang lain mengalami perkara yang sama dengan aku. Baik, apa yang aku nak cerita pasal tanggapan pertama ni.

Aku kan, bila dah tengok sesuatu perkara yang tak elok pada seseorang. Sekali cukup la. Confirm aku akan ingat sampai bila-bila. Dah kenapa ek? Lepas tu, confirm aku susah gila nak lupa. Ini yang orang cakap tanggapan pertama kita pada seseorang kot.

Macam contoh, aku ada cerita dalam blog aku pasal ada seorang pekerja ni yang jenis makan nak sedap tapi taknak bayar. Boleh baca kat sini : makan nak sedap tapi taknak bayar . Ha, bermula dari episod tu, sampaila sekarang, bila aku masuk cafe je, aku mesti tercari-cari pekerja ni. Sebab? Nak tengok dia ambil makan bayar ke tak. Hish! Rasa macam buruk sangat perangai aku ni. Ni lah susahnya tanggapan pertama yang buruk macam ni.

Susahnya lagi adalah, aku akan perhati sampai la pekerja ni keluar dari cafe. Ha! Buruk sangat kot perangai ni. Bukan apa, aku betul-betul tak suka sifat ni. Benda jadi darah daging kot. Lepas tu, jadi depan mata aku. Kot aku diam je, jadi subahat pulak. Itu yang aku takut tu. Tapi, benda ni macam jadi gangguan pada aku. Dan aku betul-betul tak suka tanggapan yang semacam ni.

Aku bila benda macam nie berlaku je, aku mesti ingat ayat yang aku pernah baca dalam satu buku ni. Yang mana, bila kita tengok seseorang dengan aura kebencian, ini bermakna, orang tu pun sedang melepaskan aura kebenciannya kepada kita. Ha. Jadi, mesti ada tanggapan yang baik kepada semua orang. Yang pertama ataupun yang terakhir.


1 ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.