Terkini! Angka Tragedi TransAsia Meningkat Kepada 31 Orang!

Februari 05, 2015
Terkini! Angka Tragedi TransAsia Meningkat Kepada 31 Orang!
TAIPEI - Angka kematian nahas pesawat TransAsia Airways yang terhempas di sungai Taipei kini meningkat kepada 31 orang.
Menurut pegawai Taiwan, angka itu mungkin bertambah kerana 12 orang yang masih dilaporkan hilang.
Pesawat TransAsia Flight GE235 yang membawa 58 penumpang dan anak kapal mengalami masalah ketika terbang di antara bangunan, kemudiannya terlanggar lebuh raya bertingkat dan terhempas di dalam sungai sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Taipei semalam.
Pentadbiran Aeronautik Awam Taiwan (CAA) berkata, 15 orang terselamat selain tiga yang berjaya diselamatkan adalah dari kumpulan 31 pelancong Tanah Besar China.
CAA berkata, juruterbang dan pembantu juruterbang pesawat jenis turboprop ATR 72-600 itu adalah antara mereka yang terkorban. - Reuters

1 ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.