Mimpi pelik.

Mac 31, 2015

Tafsir mimpi menurut islam.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Mimpi pelik. Ha, kenapa mimpi mesti pelik? Aku pun kadang-kadang pening, kenapa mimpi mesti pelik. Kadang-kadang tu, aku cari-cari tafsir mimpi menurut islam, pun tak jumpa apa maknanya mimpi aku ni.

Huh. Memang pelik. Ceritanya macam ni, pagi tadi aku mimpi, aku dengan beberapa rakan sekerja aku, ke sebuah kolam kecil. Bentuk kolam tu bulat, yang mana ada 2 tingkat. 1 tingkat kat bawah dengan air yang sedikit, dan aku berada dekat atas ( Tak tinggi mana pun).

Dekat tangan aku ada 1 plastik berisi ikan emas. Seorang rakan sekerja aku (yang punya pangkat kat tempat kerja aku sekarang) suruh aku korek 1 lubang dekat tingkat atas. Lepas tu suruh aku lepaskan ikan tu dekat situ.

Secara logiknya, tak mungkin aku boleh lepaskan ikan tu kat situ. Sebabnya, air yang ada kat dalam kolam tu sikit sangat. Dia suruh aku ceduk jugak air dekat bahagian bawah tu, letak kat bahagian atas dan penuhkan kolam tu dengan air.

Sekali lagi, tak logik air yang sedikit, boleh penuhkan kolam tu. Hanya untuk lepaskan ikan emas tu. Kan? Betul-betul mimpi pelik!

Dia suruh aku buat jugak. Katanya, kalau usaha kita yang 1 ni tak berhasil, cuba ikhtiarkan cara lain. Janji kolam tu penuh dengan air. Aduh, dah kenapa kan?

Lepas tu, aku mimpi lagi, pun pelik jugak. Banyak sungguh mimpi aku dalam 1 masa kan? Tapi mimpi yang ini, aku malas nak cerita sebabnya, takde sebab. Hahahahha.

Jadinya, korang rasa, apa maknanya mimpi pelik aku ni? Sementara aku cari-cari lagi tafsir mimpi menurut islam. Kot la berjumpa kan.

6 ulasan:

  1. Balasan
    1. Tapi saya tak minat ikan emas. Hahahha.

      Saya minat ikan koi yer. :)

      Padam
  2. tak tau nak percaya ke tak, tapi kalau mimpi pelik2, mesti tnya encik google. Nak tau gak effect mimpi mimin tuu. huhu

    BalasPadam
  3. pernah dengar juga pasal tafsiran mimpi ni....

    Owh! Jom Kenal | Segmen - Owh!MananQayyim™

    BalasPadam
  4. Mimpi ni, kalau tanya encik google memang banyak betul tafsirannya. Haha. Jadi, silalah tanya orang-orang yang lebih arif :)

    BalasPadam
  5. memang pelik..kena ada solution utk settle kan..heee~~

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.