Rahsia Jualan Produk Jutaan Ringgit.

Mac 18, 2015

Rahsia berniaga.

Apakah rahsia jualan produk jutaan ringgit? Ini yang selalu bermain di dalam fikiran aku. Bagaimana mereka mampu menjual produk yang harganya bukan ratus, bukan ribu, tapi jutaan ringgit.

Aku memerhatikan setiap gerak geri mereka. Dalam usaha aku mencari, apakah rahsia mereka, berjaya menjual produk jutaan ringgit. Inilah rahsia berniaga.

Dalam pemerhatian aku. Kadang-kadang tu, bahasa mereka tak fasih mana pun. Terkadang tu, bahasa yang digunakan, tak langsung menerangkan apa yang ingin mereka maksudkan. Sampai kadang-kadang tu, kena guna bahasa isyarat. *ok, ini aku sengaja bohong.

Tapi, mereka mampu menjual produk mereka. Apa rahsia jualan produk jutaan ringgit ni?

Di syarikat tempat aku bekerja sekarang, majoriti pembekal kepada syarikat ini adalah daripada mereka. Kenapa dan bagaimana mereka mampu bertahan lama di dalam perniagaan ni?

Sepanjang pemerhatian aku, akhirnya aku dapat selongkar apa yang menjadi rahsia mereka selama ni. Rahsia berniaga yang dah lama mereka praktikkan. Rahsia jualan produk jutaan ringgit.

Rahsia mereka adalah, mereka sebenarnya bukan menjual produk! 

Dah kenapa kan? Dah tu, mereka jual apa?

Mereka menjual IMPAK daripada produk tu. Ha. Impak!

Inilah rahsia yang mereka pegang daripada dulu. Inilah rahsia jualan produk jutaan ringgit. Katakan mereka ingin menjual mesin pembuatan. Fokus utama mereka adalah, mengurangkan tenaga kerja manusia dan memaksimumkan pengeluaran syarikat.

Impak daripada jualan produk ini adalah, syarikat mampu mengurangkan belanja pembayaran gaji dan bonus kepada pekerja tetapi memperoleh keuntungan berganda daripada pembelian produk ni.

Selain daripada tu, mereka memberikan "Perkhidmatan selepas jualan" class A! Dan perkhidmatan mereka adalah PERCUMA.

Syarikat dah mengeluarkan belanja yang banyak untuk pembelian produk mereka. Dan jika mereka memberikan perkhidmatan "berbayar", ia pasti akan menjadikan penjualan produk yang pertama dan terakhir daripada mereka.

Sebenarnya banyak lagi yang aku nampak, bagaimana mereka mampu menjual produk jutaan ringgit. Tapi inilah antara rahsia berniaga mereka. 

Rahsia jualan produk jutaan ringgit. Apa pula pendapat korang? Sila komen di bawah yer. :)

3 ulasan:

  1. cn mmg tak pandai jual barang ! huhu

    #ExchangeFeedGroup

    BalasPadam
  2. Betul,betul,betul.ada di kalangan peniaga gagal sebelum masanya kerana tiada elemen ini.

    BalasPadam
  3. memang betul. aRz setuju dengan penapat Ejoy seperti mana mereka yang terlibat dengan MLM bukan barang yang penting, tetapi hadiah bercuti luar negara dan bonus setiap bulan
    Hasilnya ramai yang mula menyertai mereka

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.