Superbike Ceritaejoy.

Mac 09, 2015

ceritaejoy

Hahahaha, ada juga aku bercerita pasal superbike yang selalu aku tunggang untuk pergi kerja kan. Harini terasa nak bercerita pasal superbike aku ni, Jeng jeng jeng. Tadaaaa... Mempersembahkan superbike ceritaejoy

gambar superbike malaysia

Hehehe, saja je aku cakap superbike. Honda wave je pada mata orang. Tapi..tapi pada orang sekeliling aku, wife dan rakan-rakan. Ianya adalah Honda cbr 100. Wahahahah. Bila orang tanya aku, joy datang kerja naik apa. Aku jawab selamba je. Naik cbr. Kalau rakan-rakan yang dah biasa dengan aku, diarang faham. Kalau yang tak biasa dengan aku, mesti akan tanya balik. Eh joy, ko pakai cbr ke?

Wahahaha, aku kalau orang dah tanya, memang selamba je aku jawab, ha, aku pakai honda cbr. Cbr 100. Wahahaha. Kalau yang baru dengar, memang pelik la kan. Mana ada cbr 100. Cbr 150 ada la. Hehehehe

So, aku akan mulakanlah ceritaejoy kepada rakan-rakan baru tu. Ceritaejoy mesti macam ni:

" Ceritanya dulu, sewaktu motor aku nak keluar, manufacturing dah salah stamping dekat enjin motor aku. Sepatutnya diarang stamping cbr 1000, tapi stamping no 0 tu rosak masa nak stamping 0 yang last tu. Jadi, diarang stamping la 100. Untuk cover balik, diarang buat la casis ni, bagi sesuaikan dengan 100 tu. Biasalah kan, manusia, mesti ada silap."

Ha, inilah ceritaejoy pada budak-budak yang baru nak kenal gan aku tu. Hahahahhahaha. Lepas dengar je, memang kena bahan la aku lepas tu. Wahahahaha.

Rakan-rakan terdekat, sangat-sangat faham dengan minat aku dengan superbike. Hinggalah ada yang cakap, aku terlalu fanatik dengan superbike. Tapi, ramai jugak yang mempertikaikan aku, diarang cakap, kalau dah gila sangat, kenapa tak beli je, ni cakap je lebih.

Jadi, aku pun bercerita la lagi dengan mereka-mereka ni. Antara ceritaejoy adalah:

" Aku memang sangat gilakan superbike. Banyak perkara tak logik yang kalau korang dengar pun, korang akan rasa pelik dengan aku. Tapi aku masih berpijak pada bumi yang nyata. Superbike adalah keinginan dan bukannya keperluan. Aku dulukan keperluan. Aku dulukan keluarga dan anak-anak aku. Aku dulukan kepentingan keluarga dan keperluan mereka. Kalau minat aku ni, boleh buatkan hidup keluarga aku serba kekurangan, untuk apa kan? Sekadar hiburkan hati aku tapi tidak hati ahli keluarga aku. Satu perkara yang hanya buang masa. Kan? "

5 ulasan:

  1. wow..sokong ayat last sekali tu =)

    BalasPadam
  2. Hehehhehe. Perasaan seorang ayah kepada anak-anaknya. hehehehe

    BalasPadam
  3. alhamdulillah..kalau semua suami berfikiran mcm ejoy..bahagia la keluarga mereka

    BalasPadam
  4. mesti superbike ejoy ni dah banyak berjasakan.. ;)

    BalasPadam
  5. Hehehe. Mesti. Ini motor pertama yang saya beli. Hehehehe

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.