Kesatuan Sekerja Bermasalah!

April 03, 2015

Kesatuan sekerja malaysia.


Kesatuan sekerja bermasalah! Itu yang boleh aku simpulkan. Sekarang ni, kesatuan sekerja di syarikat aku bekerja sedang dalam proses rundingan dengan majikan, berkaitan perkara-perkara yang berbangkit dan isu baharu. Fungsi kesatuan sekerja malaysia adalah menjadi wakil bagi suara-suara pekerja bawahan. 

Wakil kesatuan sekerja kami adalah dari kalangan pekerja yang bekerja di dalam syarikat yang sama. Ini bermakna, pekerja mewakili pekerja melawan majikan. Kalau ikut logik, pekerja sudah tentu di bawah kuasa majikan, jadinya, pada fikiran aku, sangat mudah majikan menggunakan kuasa mereka ke atas pewakilan ini.

Ada juga syarikat yang melantik wakil dari luar bagi mewakili kesatuan sekerja syarikat. Ini pada aku, adalah perkara yang penting, kerana kuasa majikan tidak tertakluk 100% kepada kesatuan sekerja. Berbeza dengan pekerja yang bekerja dalam syarikat yang sama, dan dilantik menjadi wakil kesatuan sekerja.

Ok, berbalik kepada tajuk utama aku, kesatuan sekerja bermasalah. Apa yang masalahnya? Mereka mengadakan rundingan di hotel-hotel besar. Yang mana, keseluruhan belanja penginapan di tanggung oleh majikan. Dalam erti kata lainnya, menggunakan duit syarikat. Dah nama pun rundingan dengan syarikat, memanglah syarikat yang kena bayarkan? Jadi apa masalahnya?

Masalahnya adalah, ini adalah rundingan yang keempat. Untuk 3 proses sebelum ini, hanya kesatuan sekerja sahaja yang membuat perbincangan di antara komuniti mereka. Perbincangan mereka di adakan di hotel juga! Dan bayaran kesemua kos mereka menggunakan duit syarikat! Bukan sikit, pernah juga aku tengok form yang dikeluarkan oleh mereka, yang di hantar kepada kerani, yang jumlahnya bernilai hampir belas ribu hanya untuk 3 hari!!

Secara logiknya, mereka menggunakan duit syarikat dalam proses untuk mintak macam-macam benefit dari syarikat. Dah tentu, ianya tidak akan diluluskan dengan mudah, Kerana suara mereka adalah suara pekerja kepada majikan. Bukannya suara orang luar kepada majikan.

Lagi satu, yang buatkan aku cakap kesatuan sekerja bermasalah adalah, mereka mengumumkan beberapa permintaan kepada syarikat sudahpun diluluskan. Itu diberitahu kepada semua pekerja. Kalau anda dengar macamni : " Beberapa permintaan kita kepada syarikat sudahpun diluluskan tetapi ianya adalah secrecy".

Apa perasaan anda? Ianya seperti meminta kita untuk berfikir sendirian. Puas jugaklah aku tanya, tapi tiada jawapan. Mereka mewakili kita, jadi kita perlu tahu apa yang mereka juangkan! Bukan setakat bercakap, yang ianya semua rahsia! Kalau semua nak rahsia, tak perlulah buat kesatuan ni. Untuk apa? Sebagai pekerja yang berada di bawah kesatuan, kita berhak untuk tahu semua perkara yang dijuangkan oleh kesatuan, kerana ianya melibatkan hak pekerja.

Aku betul-betul rasa perkara ini tak logik. Buat perbincangan di hotel dalam proses memperjuangkan hak pekerja, guna duit syarikat, dan berharap syarikat akan keluarkan lebih banyak belanja kepada pekerja? Sudah tentu jawapannya tidak sama sekali! Ini adalah perkara yang sangat tidak logik.

Selagi mana wakil kesatuan sekerja adalah dari kalangan pekerja di syarikat itu sendiri, selagi itulah, "suara" mereka tidak akan kedengaran. Ia pada aku sekadar isi masa lapang sahaja. Kerana ia hanya kesatuan sekerja bermasalah!

3 ulasan:

  1. Hmmm bagi yang mempelajari atau mengambil Course Public Administration hal ini telah dibincang panjang. Sepatutnya Union tidak boleh dipengaruhi oleh syarikat sendiri. Apa yang lebih baik union itu dari orang luar yang tidak terlibat secara langsung dengan syarikat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perkara ini sudah diketahui oleh pihak union syarikat, tetapi mereka tetap juga nak buat dari kalangan pekerja. Hmm

      Padam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.