Apabila Pakar SEO malaysia sudi singgah ke blog kerdil ceritaejoy.

Pakar SEO malaysia|Ianya mungkin kedengaran seperti biasa bagi anda, tetapi cukup bermakna buat aku, manakan tidak, seorang pakar SEO malaysia ataupun dalam istilah mudah, otai blogger malaysia sudi singgah di blog ceritaejoy yang sememangnya terlalu kerdil. Sungguh! Aku rasakan blog aku ini, tak ubah seperti sebuah diari persendirian.

Rasa malu pun ada sebenarnya. Yelah, blog ceritaejoy ni *kalau ada yang perasaan la* masih dalam construction. Banyak perkara yang belum siap. Macam contoh, rumah belum siap, tapi dah ada orang tinggal kat dalam. Ha, macam itulah perumpaannya. Ini semua disebabkan oleh title aku *part time blogger* jadinya masa untuk benar-benar menghadap blog itu tersangatlah kurang. 

Jadi, apabila seorang yang memegang title yang pada aku sangat besar, Pakar SEO malaysia tu. Sudi singgah dan tinggalkan komen, terasa sangatlah aku menghargainya. Bukan kerana apa, semacam seorang anak murid berhadapan dengan seorang guru. Ha, semacam itulah rasanya diri aku sekarang.


Sebenarnya, banyak ilmu yang aku belajar dari beliau. Terlalu banyak ilmu SEO yang beliau kongsikan di blog. Dan terlalu banyak juga blogger copy paste yang ambil bulat-bulat dari blog beliau dan kongsikan di blog masing-masing *aku dah banyak jumpa ya*. Itu masing-masing la ye, aku pun tak boleh nak cakap banyak. Mungkin mereka juga ingin menjadi seorang Pakar SEO malaysia.

Apa pun, aku berasa sangat bertuah dan seronok harini. Ianya sedikit sebanyak menaikkan semangat aku untuk terus belajar dan belajar menjadi seorang yang bukanlah terlalu besar tetapi cukup sekadar di kenali orang. Insyallah. Jika boleh 1 hari, mungkin boleh berada sama level dengan Pakar SEO malaysia. Siapa tahu kan?

Asyik bercerita sahaja, siapa Pakar SEO malaysia yang aku maksudkan? Beliau adalah Hasrul Hassan

6 ulasan:

  1. wahh... terbaik laa... gud luck ye

    BalasPadam
  2. Siapa la yang suka ambik tu ye ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sifu HH. ada beberapa blog yang saya singgah. Berkongsikan ilmu-ilmu SEO ni. Gaya tulisan langsung tak tumpah macam apa yang sifu HH kongsikan di blog. Kredit yang diberikan juga sekadar " Di ambil daripada blog otai SEO malaysia" tanpa menyertakan nama atau URL asal blog. Inilah Cara mudah seseorang blogger untuk naikkan nama blog mereka. Ish.

      Padam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.