Masa adalah musuh utama.


Masa adalah musuh utama. Jika ada orang yang bertanyakan kepada aku, siapakah musuh paling utama aku ketika ini, aku akan menjawab "masa". Ya! Aku kini sedang bermusuh dengan masa. Aku rasakan terlalu banyak masa yang telah aku bazirkan di dalam hidup aku. Terasa terlalu sia-sia kerana membiarkan masa yang aku perolehi itu berlalu begitu sahaja.

Zaman kini, masa dirasakan terlalu cepat berlalu. Tetapi jika kita langsung tidak memanfaatkan masa yang ada, maka lagi cepatlah masa yang berlalu itu. Setiap saat pada aku terlalu berharga. Ini kerana, untuk membina sesuatu kejayaan, memerlukan masa yang panjang! Jadi, jika masa yang ada dibazirkan begitu sahaja, kelak nanti tak tercapai apa yang diinginkan.

Aku suka melihat sesuatu kejayaan itu seperti menanam pokok durian. Tempoh untuk 1 pokok durian menghasil buah sekitar 8 hingga 10 tahun. Dan belum pasti ia akan menghasil buah yang bagus jika tidak dijaga dengan baik. Sama halnya dengan usaha. Usaha bertahun lamanya, jika tidak kena dengan caranya, hanya menghasilkan keputusan sia-sia,

Pernah dengar orang kata, masa mereka tidak cukup? Mereka berusaha pagi ke petang hingga ke lewat malam, malah membawa ke lewat pagi. Di waktu orang lain sibuk bermimpi, mereka menjadikan mimpi itu menjadi kenyataan. Mereka benar-benar menghargai masa yang ada. Mereka inilah yang akhirnya berjaya mendapatkan apa yang di inginkan.

Jika bercerita perihal blogging, aku rasakan banyak masa aku terbuang begitu sahaja. Banyak sebenarnya yang aku ingin capai dalam dunia blog ni. Sama seperti blogger malaysia yang lain. Aku perlukan seorang guru yang boleh mengajar aku selok belok untuk berjaya menjadi seorang blogger yang berjaya. Aku tak mahu membiarkan masa aku berlalu begitu sahaja tanpa ada usaha dilakukan.

Arghh! Masa sememang musuh utama aku ketika ini. Pening sekejap aku dibuatnya memikirkan terlalu banyak perkara yang perlu aku lakukan untuk mencapai apa yang aku inginkan di dalam hidup aku. Semoga Allah memudahkan segala urusan dan perjalanan yang ingin aku tempuhi. Semoga rahmat Allah sentiasa ada. Amin. Amin.Amin.

8 ulasan:

  1. Allah berfirman; demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali orang2 yg beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dgn sabar.

    mario pun selalu terasa masa mcm tk cukup sangat, tp bila dikaji balik rupa2nya sebab mario banyak membuang masa dgn perkara yg lagha dan tak membawa apa2 kebaikan pun. huhu. moga dapat sebarkan ilmu yg bermanfaat dkt blog bersama2 eh :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Erks..Hehehe. Terima kasih SuperMario bros. hehehehe

      Padam
  2. sebab tu kita kene gunakan masa sebaik mungkin.. sesungguhnya masa tidak menunggu kita..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu. kena manfaatkan semua waktu yang ada. Kan?

      Padam
  3. inshaAllah. PG doakan awak bertemu dan mencapai apa yang awak inginkan. inshaAllah :)

    BalasPadam
  4. masa ibarat pedang, jika kamu tidak memotongnya ia akan memotong kamu . . .
    semoga kita manfaatkan masa yang masih diberikan Allah kepada kita

    Maisarah singgah dari Blog MaisarahSidi.com :)

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.