Nuffnang : Tiada yang sudi singgah?


Nuffnang : Tiada yang sudi singgah?|Aku sedikit konfius. Samada ada berlaku masalah atau memang benar tiada yang sudi singgah. Huk.Huk.Huk. Dalam beberapa minggu ni, ada juga aku perhatikan, kenapa tiada orang pada bahagian bawah akaun nuffnang aku *tidak seperti kebiasaannya*. Yang menjadikan ianya pelik, graft pada akaun nuffnang tu ada peningkatan. Hmm, ada masalah ke? Atau tiada yang sudi singgah?

Nuffnang. Satu-satunya medium pengiklanan yang aku gunakan sekarang. Orang kata masih setia dengan nuffnang. Hehehe. Sebenarnya, pernah sekali aku merasa terkilan. Kerana pada awal aku cashout dulu, tunggu punya tunggu, tak juga sampai cek nya. Bila aku hantar tiket, katanya ada fraud click. Ish, betul ke? Hmm, hentahla, aku sendiri tak paham part yang tu.

Kali ini, dengan nuffnang, masih juga menunggu untuk cashout. Nilainya tidaklah sebanyak top blogger malaysia, tetapi bolehlah untuk blogger picisan seperti aku. Tunggu cukup dulu, barulah cuba untuk cashout. Minta-minta, tidaklah ada fraud click lagi. Tapi itu part lain, yang aku fikirkan sekarang ni, betul ke tiada yang sudi singgah atau benar-benar ada masalah? Hmm, konfius sekejap.

5 ulasan:

  1. nuffnang kak ana dah hilang dari blog hari ni ejoy.. haha lagi pelik , ejoy cubalah adsense pula, ramai dah dapat earning katanya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah banyak kali apply adsense, tapi banyak kali juga fail. Hmmm

      Padam
  2. Sama lah situasi kita....
    Tapi kenapa ye jadi mcm gitu..

    BalasPadam
  3. nuffnang ada problem agaknya. samalah.. dah lama tak tengok nuffnangers profile melekat bawah statistik

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.