Bertudung selepas berkahwin.

Bertudung selepas berkahwin.

Bertudung selepas berkahwin. Sebelum aku berbual panjang mengenai hal ini, aku minta maaf terlebih dahulu jika ada yang terasa hati dengan apa yang aku akan katakan sekejap lagi ya. Baiklah. Entry ini aku tujukan kepada kaum wanita yang berhijab hanya selepas mendirikan rumah tangga. 

Kalau kita tengok zaman sekarang ni, macam-macam fesyen bertudung ada. Yang paling top Wanita Bertudung Seperti Pocong. Hehehe. Itu belum cerita tentang jenis tudung lagi, ada Tudung Bawal,Tudung Neelofa,Tudung Aidijuma,Tudung Fareeda, macam-macam.

Orait, sebenarnya lama juga aku nak bercerita mengenai hal ini, tetapi tertangguh. Entah kenapa aku pun tak pasti. Namun, inilah yang banyak berlaku di sekeliling aku sekarang ni. Baik, Persoalan sekarang, Kenapa Wanita Islam Perlu Bertudung? Kalau aku cakap tudung tu tak wajib bagi perempuan islam macamana? Tudung sememangnya tidak wajib bagi perempuan islam jika mereka mahu menutup rambut mereka menggunakan beg plastik atau kotak. hahahaha. Jangan marah ya!



"Puteri Rasulullah menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih."

"Rasulullah menjawab, “Wahai puteriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak  menutup rambutnya sehingga terlihat oleh lelaki yang bukan muhrimnya."

Baik. Kalau kita baca balik, kenapa di wajibkan bagi perempuan islam menutup rambut mereka, adalah:

1. Ianya adalah perintah Allah. Siapa kamu untuk menidakkan perintah Allah? Dan hukumnya adalah wajib. Dah sebut wajib, haruslah buatkan?


2. Sihat, cerdik dan cergas. Kepala yang dilindungi tudung akan lebih selesa, cuaca panas dapat dilindungi melalui pemakaian tudung. Kepala yang sihat dan selesa akan mendorong kelancaran perjalanan darah di otak, otak akan dapat berfikir dengan cepat dan baik.Pemakaian tudung juga akan mengelakkan kepala dihinggap oleh serangga-serangga yang akan merosakkan rambut dan kepala


3. Membeza di antara muslim dan non muslim. Dengan pemakaian tudung, kita boleh membezakan wanita muslim dan juga non muslim.


Sebenarnya ada banyak lagi perkara, mengenai kebaikan wanita yang bertudung, aku hanya kongsikan 3 perkara ini sahaja. Baiklah, kembali kepada fokus utama aku, bertudung selepas berkahwin. Tidak semua, tapi boleh dikatakan banyak wanita yang memilih untuk bertudung hanya selepas mendirikan rumah tangga. Kenapa?

Dosa anak yang ditanggung ayah

Aku mengandaikan bahawa, mereka memikirkan akan hal suami mereka. Apabila sah menjadi suami isteri, para wanita menginginkan dirinya menjadi sempurna. Namun, bagaimana pula halnya dengan ayah mereka? Tidakkah mereka memikirkan akan hal ini?

Aku sedikit hairan, kenapa perlu menunggu untuk berumah tangga dan bukannya sewaktu jagaan ayah mereka. Tidakkah dosa mereka di tanggung oleh ayah mereka? Kalau tidak kerana dosa yang ditanggung ayah pun, tidakkah mereka tidak mahu menjadi sempurna di mata ayah mereka dahulu. Apakah suami lebih penting hinggakan 1 hari sahaja mampu mengubah penampilan diri mereka yang bertahun lamanya bersama ayah mereka?

Aku bukan ustaz, namun aku hairan kenapa perkara semacam ini boleh berlaku. Bila aku tanyakan hal ini pada rakan aku, jawapannya cuma, masanya dah sampai. Sekali lagi aku bukan ustaz, tapi bila aku cakap dengan dia, tak perlu nak tunggu masa tu sampai sebabnya Allah dah perintahkan wanita menutup aurat ni beribu tahun dulu. Bukannya zaman millennium ni. Ish!

Aku sebenarnya, masih lagi tercari-cari jawapan kepada persoalan aku, kenapa wanita memilih untuk bertudung hanya selepas mereka mendirikan rumah tangga? Kenapa? Apa yang membuatkan mereka berubah sekelip mata dalam masa 1 hari sahaja? Kenapa? Ada sesiapa yang sudi kongsikan jawapan ini dengan aku? Sekali lagi aku minta maaf jika ada yang terasa hati. Niat aku cuma satu, aku inginkan jawapan kepada persoalan aku tadi.

2 ulasan:

  1. kesian kat ayah kan, anyway mungkin mereka rasa berkahwin adalah ketaatan kepada suami, kalau suami suruh terus je buat demi sayang. kat ayah sayang tak? adoi susah kalau tak faham konsep wajib ni tuan.

    BalasPadam
  2. saya juga heran .. banyak wanita mengatakan kalau mereka akan berjilbab setelah menikah .. padahal berjilbab atau berkudung itu adalah penutup aurat bagi wanita

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.