Dah orang tak suka, nak buat macam mana?


Dah orang tak suka, nak buat macam mana?. Manusiakan, ada naluri semulajadi untuk mengesan setiap apa yang berlaku di sekeliling mereka. Kita dikurniakan mata untuk melihat setiap kejadian di sekeliling kita. Kita boleh tahu bagaimana penerimaan orang di sekeliling kita. Kita juga boleh tahu adakah kita diperlukan atau tidak. Ini semua boleh dilihat dengan mata yang dikurniakan oleh Allah ini.

Aku tidaklah menuduh yang bukan-bukan pada orang disekeliling aku. Aku tidak juga meraih simpati dari sesiapa. Aku sekadar meluahkan apa yang aku rasa. Ini kehidupan aku. Jalan hidup aku. Aku punya cara yang tersendiri. Aku punya sebab untuk kebahagiaan diri aku. Aku lebih utamakan kebahagiaan diri aku daripada tersiksa dalam membahagiakan hati orang lain.

Kenapa perlu hipokrit? Kenapa perlu jadi talam 2 muka? Kenapa perlu tikam belakang? Sifat inilah yang sebenarnya menjatuhkan kita dalam sedar tak sedar. Orang yang kita percaya adalah rakan terbaik kita itulah yang sebenarnya punca misi dan visi mereka yang tersendiri. Belum tentu rakan yang paling dekat dengan kita suka melihat kejayaan kita *jika mereka tidak sama berjaya*.

Orang dah tak suka, nak buat apa lagi kan? Jenis aku mudah, aku tidak merayu sesiapa untuk berbual atau menemani aku. Aku punya cara dan jalan aku sendiri. Adalah lebih baik dari berseorangan daripada penuh dengan hasad dengki manusia. Lebih baik berusaha sendiri daripada kejayaan kita dipersoalkan orang lain. Manusia oh manusia. Kenapa terlalu sukar memuaskan hati manusia? Aku kadang-kadang jadi hairan.

Takpa Lah, dah orang tak suka, nak buat macam mana? Takkan nak merayu pula? Bukan nak kat ego kita ni tinggi, tidak. Cuma nak kata, kita ada pendirian diri kita sendiri. Biarlah orang nak kata apa. Janji kita tahu apa yang berlaku dan bagaimana ia berlaku. Tak usahlah dok mengata yang bukan-bukan. Benda dah jadi, bukan boleh buat apa pun. Sejarah mana boleh ditukar. Kan? Bak kata orang utara, Biaq p kat depalah.

Tiada ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.