Domain sendiri dan blog baharu?


Beli Domain sendiri dan blog baharu. Aku berfikiran, ramai blogger yang mengimpikan Domain Sendiri Di Blogspot, termasuklah aku. Kenapa? Kalau di tanya pada aku, domain sendiri menunjukkan kita benar-benar serius di dalam dunia blogging. Itu pada aku, ianya mungkin berbeza dengan blogger lain. Apakah Kelebihan Domain Sendiri?

Aku cuba senaraikan beberapa perkara mengenai Apakah Kelebihan Domain Sendiri yang aku rujuk daripada beberapa blog.

1. Kita memiliki hak sepenuhnya pada blog. Yelah, bila kita mengeluarkan wang, ini bermakna kita sudah beli. Jadinya, bagi mereka yang menggunakan platform blogspot.com *percuma* di kuatiri blog kita boleh hilang atau ditarik semula oleh blogspot. *ini melalui bacaan aku dari blog ke blog ya*

2. Url lebih pendek. Yang dimaksudkan dengan lebih pendek itu adalah, Kalau gunakan url berbayar, ianya berbunyi seperti ini : ceritaejoy.blogspot.com. Berbeza kalau gunakan domain sendiri, kita hanya gunakan ceritaejoy.com. Ha. Kan lebih pendek? Kan? Kan? Hehehehe.

3. Lebih mesra SEO. SEO atau Search Engine Optimization adalah sangat penting pada sesuatu blog. Dengan SEO yang hebat, ianya akan memudahkan search engine untuk mencari dan menyenaraikan blog korang di halaman utama google search. Amacam? Menarik tak?

4. Lebih diminati syarikat pengiklan. Aha! Ini aku suka. Dengan adanya domain sendiri, syarikat-syarikat pengiklanan akan lebih berminat kerana berfikiran, pemilik blog sememangnya amat serius di dalam dunia blog. 


Ada juga info yang aku baca, google adsense juga sangat meminati mereka yang menggunakan domain sendiri. Hmm, agaknya, atas sebab itulah hingga ke hari ini, aku masih tidak dapat kelulusan daripada adsense. Hmm.

Baiklah. Itulah 4 perkara *sebenarnya banyak lagi kut* yang boleh aku kongsikan mengenai apakah Kelebihan Domain Sendiri. Dan atas sebab itulah aku sedang berkira-kira ingin memiliki domain sendiri di blogspot.

Apa yang sedang bermain di fikiran aku adalah, domain sendiri dan blog baharu. Aku dah ceritakan kenapa aku inginkan domain sendiri. Kali ini aku nak ceritakan pula kenapa perlu blog baharu. Ceritaejoy berbunyi begini:

Aku merasakan blog ceritaejoy *yang sekarang ni* seperti tiada matlamat. Hmm, aku tak rasakan diri aku ada di dalam blog ceritaejoy ni. Ia pada aku, seperti halaman bualan kosong. Aku nak cerita apa, aku cerita. Asal terlintas dalam minda aku, aku terjemahkan dalam bentuk bahasa. Nak aku gunakan bahasa isyarat, tak takut orang, takut dengan aku tak paham nanti. Jadinya aku ceritakan semuanya dalam blog ni.

Apa yang aku nampak, jika aku inginkan blog yang bersatu dengan diri aku, aku perlu mula balik semula dari bawah. Tapi aku inginkan nama ceritaejoy itu! Oleh yang demikian, aku perlu hapuskan blog sekarang dan mulakan dengan blog dengan nama lama tetapi penceritaan baharu. Ha, faham tak?

Ahh, banyak sebenarnya yang bermain dalam minda aku sekarang ni. Apa pun, aku sememangnya menginginkan domain sendiri di blogspot. Aku dah nampak dekat mana dan siapa yang boleh bantu aku untuk merealisasikan impian aku ini. InsyaAllah, apabila semuanya sudah tersedia, aku akan terus mulakan apa yang sudah aku rancang ini. InsyaAllah. 

4 ulasan:

  1. Salam Ejoy..Bagus tu Ejoy..Semoga impian tercapai ..InsyaAllah..Kak Lya doakan untuk Ejoy ..

    BalasPadam
  2. wah ada pro dan cons nya ejoy bila nak mulakan semula, banyak yang perlu dikorbankan, entri,follower dan lain-lain, kalau pendapat kak ana, tukar dulu domain ,abaikan entri-entri lama dan mulakan dengan template baru dan entri baru seperti mana yang ejoy inginkan,entri-entri lama boleh sahaja delete mana yang tak releven.labelkan semula entri-entri mengikut klasifikasi yang diinginkan. erm pendapat kakak lah.. all the best ejoy :)

    BalasPadam
  3. haiii....yayac singgah sini blogwalking dari BW UZU.... NO.5 - www.yayacendana.com ^_^ done follow

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.