Malapetaka besar bakal melanda September 2015.


Malapetaka besar bakal melanda September 2015. Ya. Inilah yang banyak diperkatakan di laman sosial ketika ini. Katanya akan ada ombar setinggi/sejauh 5km akan melanda. Dan mereka yang berada di kawasan tinggi seperti gunung sahaja yang akan selamat. Selain meminta orang ramai mula mencari perlindungan dengan segera.

Cerita ini aku baca di facebook aku awal pagi semalam. Sudah tentu bila terbacanya, hati aku sedikit takut. Bila kita baca, kita akan bayangkan. Bila kita bayangkan, pasti pelbagai perkara yang timbul di dalam minda kita. Lokasi yang selamat disebutkan hanya di kawasan pergunungan tanahair. Hanya di beberapa lokasi di malaysia.

Ramalan mengenai malapetaka yang akan melanda september 2015 ini, akan menghancurkan ramai umat manusia. Ianya berlaku disebabkan pergerakan bawah tanah yang sangat extreme. Katanya lagi, akibat daripada kejadian ini, akan menghasilkan ombak besar yang sekaligus akan menghancurkan tanah rata. Ini katanya.

Dalam mesej yang disebarkan juga, mengaitkan dengan kejadian gempa yang berlaku di sabah. Tak siapa yang tahu gempa bumi boleh terjadi. Negara malaysia dikatakan berada di luar lingkaran gempa. Tetapi, bila Allah menghendakinya, maka jadilah ia. Gunung sebesar gunung kinabalu juga boleh runtuh dan berubah bentuk. Oleh yang demikian, katanya lagi, kejadian ini pasti berlaku, cuma dirahsiakan sahaja daripada masyarakat umum. 


Persoalan sekarang adalah, apakah perkara ini benar-benar akan berlaku? Jika di tanya pada aku, jika ia sudah ketentuan Allah, ianya pasti berlaku. Tetapi usahlah percaya 100% dengan kabar angin seperti ini. Jika berlaku sekalipun, ianya secara kebetulan. Setiap yang hidup pasti akan mati. Tiada seorang pun manusia yang boleh terlepas daripadanya. Hanya mereka yang terlalu cintakan kehidupan dunia sahaja yang akan lupa akan perkara ini. Beribadatlah selagi mampu, bukan untuk orang lain. Untuk diri sendiri juga.

2 ulasan:

  1. kalau Allah kata jadi, maka jadilah ia.. tak ada apa yg kita boleh buat.. so, nak risau2 pun x guna.. hehehe..

    aku pernah terbaca hadis nabi bermaksud, kalau kita tau kiamat berlaku esok dan ditangan kita ada biji benih, tanamlah biji benih tu. (au kama qal) [kesahihan hadi ini aku tak dapat nk pastikan]

    tapi nak kata kalau betul kita beriman dengan Allah dan hari akhirat, tak perlu gentar dengan ramalan2 macam ni.. sbb kalau betul berlaku, tak ada apa yg nk ditakutkan, kalau betul kita beriman. wallahu a'lam...

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup. Alim ulama pun cakap benda yang sama. Tapi mereka yang siang malam beribadat pun, masih takut dengan hukuman Allah. Macamana pula dengan mereka yang langsung tidak beribadat? Ishh. Takut juga.

      Padam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.