Kunci kereta punca enjin tidak dapat dihidupkan.


Kunci kereta punca enjin tidak dapat dihidupkan. Kejadian enjin kereta tak boleh hidup ni, berlaku 2 kali dalam hidup aku setakat ini. Sebab enjin kereta tak boleh start yang pertama adalah berpunca daripada bateri. Waktu tu aku nak bawa keluarga aku ke pekan alor gajah. Bila semua dah masuk kereta, aku cubalah hidupkan enjin, tapi bunyi ketak-ketak. Ahh sudah, kenapa pula kan? Bila check balik enjin, rupanya bateri kereta aku bermasalah, selamatlah time tu ada bengkel yang buka *waktu cuti umum & lewat petang* tukar bateri, settle masalah.

Pengalaman kedua aku pula terjadi isnin lepas. Waktu tu aku bawa keluarga aku jalan-jalan kat dataran 1 malaysia. Itu memang port bawa anak-anak main air. Pagi hari tu, wife dah kasi tau yang kunci kereta terjatuh. Pecah 2! Tapi aku buat macam biasa jelah. Maklumlah pengalaman kurang. Dah seronok tengok anak-anak main air. Sampai nak dekat waktu maghrib, aku kemas-kemas nak balik. Dah siap belikan anak makan, aku gan wife dah isi perut, masuklah dalam kereta. Waktu nak hidupkan enjin, tak boleh start! Ahh! Dah kenapa??


Puas aku cuba hidupkan. Mulanya aku suspek starter. Bila check ok. Bateri? Buka lampu kereta, terang je. Yang peliknya, bila aku cuba hidupkan enjin, takda crank! Crank tu macam bunyi awal enjin nak hidup tu, ala, nak buat bunyi tak pandai dekat sini, tapi bila korang nak hidupkan kereta, bunyi awal yang terhasil tu. Aku cuba buat bunyi ya. Ekkk..Ekkk.. Ala lebih kurang macam tu lah. Hahahaha.

Kunci kereta proton rosak.

Ok. Lupa nak kasitau. Aku pakai kereta proton saga. Berbalik kepada cerita aku tadi. Kepala memang kusut la kan. Enjin tak boleh hidup. dengan anak-anak dah mula meragam. Lama kot! Selamat ada sorang abang ni, dia parking kereta sebelah aku. Adik dia mekanik kereta. Dia call adik dia tanya. Semua dia checkkan. Last sekali, dia minta kunci kereta aku. Bila dia tengok je, dia cakap:

"bang, kunci kereta kalau pecah macam ni, memang confirm tak boleh hidup. Abang kena pergi center, minta mereka buatkan kunci baru"

Adoi! Yeker? Barulah aku tahu, kunci kalau pecah 2, confirm enjin kereta tak boleh hidup. Aku call ayah mertua aku, minta tolong ambil kami sekeluarga. Esok harinya, terus aku pergi center proton dekat peringit. Manis gadis yang duduk dekat kaunter pertanyaan tu. Lembut je dia cakap. hehehhe. Bila aku tunjukkan kunci kereta aku, laju je dia cakap:

"Bang, dalam kunci ni ada 1 batu. Abang cari batu tu, masukkan balik dalam kunci ni, lepas tu cuba hidupkan enjin. Confirm kereta abang boleh start"


Batu yang dimaksudkan.

Batu?? Apa batu? Adoi. Aku drive kereta ayah mertua aku, pergi balik ke klebang. Risau aku kereta parking dekat situ. Sampai je dekat sana, aku suruh wife aku cari "batu" yang dimaksudkan tu. Alhamdulilah!! Ada! betul-betul dekat kawasan kaki pemandu. Wife aku ambil dan letak dekat kunci. Cuba hidupkan balik kereta, eh! Betullah. Hidup! Adoii.

Benda ni betul-betul jadi pengalaman dekat aku. Aku kalau jumpa dekat luar "batu" tu, aku buang je. Tak tahu pulak batu tu boleh sebabkan enjin tak boleh start. Huish! Bahaya kan? Korang pun, kalau terjadi kes macam ni, cuba check balik kunci kereta. tengok ada tak batu tu. Kalau takda, carilah sampai jumpa, kalau tidak, korang kena bawa kereta korang ke center dan minta mereka buatkan kunci baru. ya!

Tiada ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.