Pembentangan Bajet 2016 : Harapan Rakyat Terhadap Belanjawan Negara.


Pembentangan Bajet 2016 : Harapan Rakyat Terhadap Belanjawan Negara. Aku bukanlah seorang pakar ekonomi maupun pakar dalam bidang kewangan. Aku juga bukanlah orang cerdik pandai atau mereka yang layak untuk bercerita mengenai ekonomi. Tetapi aku adalah sebahagian daripada mereka yang bergelar rakyat malaysia. Dan aku juga adalah sebahagian daripada mereka yang akan/terkesan dengan setiap dari apa yang berlaku di negara tercinta ini.

Baik, aku pada awalnya, tidak terlalu memikirkan mengenai bajet 2016 ini. Sama seperti pembentangan sebelumnya. Tetapi pada tahun ini, aku tertarik untuk mengikutinya, memandangkan "kesan"yang diterima sejak kebelakangan ini sedikit mengusarkan ekonomi keluarga. Perkara pertama yang dirasai adalah mengenai GST. Aku pasti bukan aku sahaja yang merungut, malah ramai juga merasai perasaan yang sama.




Tak usah melihat kepada perkara yang besar, cukup kad tambah nilai sebagai contoh. Aku merasakan 1 perkara yang sangat tidak logik apabila kita perlu membayar lebih dengan penggunaan yang kurang! Kita perlu mengeluarkan RM10.60 untuk 1 kad tambah nilai dengan penggunaan bernilai RM10! Ini adalah suatu perkara yang tidak logik pada aku. 



Kemanakah sumber pendapatan GST dibelanjakan?

Juga bagi  Pembentangan Bajet 2016 : Harapan Rakyat adalah untuk mengetahui kemanakah kutipan GST ini dibelanjakan/digunakan. Kami sangat pasti, kutipan cukai ini bukanlah di dalam jumlah yang sedikit. Oleh yang demikian, kami sebagai rakyat juga berhak untuk tahu kemanakah ianya digunakan.

Jika sumber GST ini dikembalikan kepada rakyat di dalam bentuk bantuan subsidi, kami merasa senang kerana kami tahu, jumlah yang kami keluarkan ini, sebenarnya adalah untuk kesenangan kami. Oleh yang demikian, harapan kami adalah besar, untuk mendengar penjelasan yang telus mengenai cukai GST ini.

Antara lain harapan kami adalah mengenai harga rumah. Kalau kita tengok harga rumah sekarang menjadi terlalu mahal. Dan boleh dikatakan ramai yang mengalami kesukaran di dalam membeli rumah pertama. Aku bersyukur kerana sudah pun memiliki rumah pertama. Tetapi bagaimana pula dengan mereka yang belum memiliki rumah? Adik beradik aku pun tak semuanya memiliki rumah sendiri.

Kami berharap agar ada 1 bentuk bantuan bagi mereka yang ingin memiliki rumah pertama terutamanya bagi golongan muda. Juga mengenai kawalan harga rumah. Agak susah untuk kita mendengar harga rumah dalam lingkungan RM200k. Pernah aku utarakan hal ini dengan rakan-rakan sewaktu ingin membeli rumah awal dulu. Kata mereka, ada harga rumah yang lebih murah daripada ini, tetapi lokasinya, nun jauh ke dalam.

Bila difikirkan, lokasi yang jauh daripada tempat kerja dan kemudahan awam yang ada, boleh menyebabkan peningkatan belanja keluarga. Ianya juga boleh menyebabkan kesukaran di dalam urusan seharian keluarga. Bila kita utarakan hal ini, jawapan yang biasa di terima adalah:

"Kalau tak nak duduk jauh terperosok, beli saja rumah yang dekat ni, tapi harga sendiri mau ingatlah"

Bila ada konsep pemikiran seperti ini, aku sangat pasti, ramai orang yang tidak berkemampuan *untuk membeli rumah dengan harga tidak masuk akal* akan dipaksa untuk tinggal jauh nun di pedalaman. Dan membenarkan golongan kaya raya memonopoli kehidupan bandar dan pinggir bandar. Dan bila akhirnya, bila ianya semakin teruk, akan ada ramai orang yang tidak mempunyai rumah sendiri dan dipaksa untuk hidup di mana sahaja.

Peningkatan Taraf Hidup.

Topik mengenai taraf hidup merupakan di antara salah satu daripada banyak topik yang sering dibualkan. Ramai yang mengatakan, peningkatan harga barang tidak seiring dengan taraf hidup rakyat. Cukuplah kita tengok pada peningkatan harga minyak. Kalau sebelum ini, belanja yang perlu kita keluarkan untuk pengisian minyak adalah biasa-biasa sahaja, tetapi sekarang, ianya menjadi luar biasa! Kita perlu mengeluarkan belanja yang lebih untuk penggunaan yang sama seperti sebelum ini.

Bagi mereka yang berada jauh di perantauan, pasti merasai kesan ini. Belanja yang perlu dikeluarkan bagi kos bahan api meningkat! Dan tak salah jika aku katakan, mungkin ada yang menghadkan masa bersama keluarga mereka yang jauh akibat daripada permasalahan ini.


Kenaikan gaji setahun sekali dengan nilai kenaikan yang rendah, tetapi peningkatan harga barangan boleh dikatakan kerap. Jadi di dalam Pembentangan Bajet 2016 : Harapan Rakyat agar ada usaha di dalam meningkatkan taraf hidup rakyat seperti kami. Seperti yang aku katakan di awal tadi, aku bukanlah mereka yang bijak di dalam hal kewangan dan ekonomi, tetapi aku percaya, pasti ada usaha yang bernas di dalam menyelesaikan isu ini.

1 ulasan:

  1. Salam..BW ke sini..

    Hmmmm..Semoga pembentangan bajet 2016 ni, dapat banyak faedah & kepetingan kepada rakyat bukan menambahkan lagi beban rakyat..

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.