Cara Mendapatkan Account Google Adsense

Disember 28, 2015
cara mudah dapatkan google adsense

Cara Mendapatkan Account Google Adsense. Aku ada terima 1 email dari seorang rakan blogger. Rakan ini bertanyakan mengenai, bagaimana untuk mendapatkan akaun adsense. Rasanya semua sedia maklum, yang adsense adalah salah satu cabang buat duit dengan blog. Dah ramai blogger yang berjaya jana income dengan adsense ini. Boleh search Buat Duit Dengan Adsense.

Terus terang aku katakan, walaupun aku sudahpun mempunyai akaun adsense untuk blog ceritaejoy, tetapi aku masih belum berjaya menghasilkan apa-apa income darinya. Aku akui, aku masih lagi kurang ilmu mengenai google adsense ini. Di tambah pula dengan “kekurangan masa” aku bersama dengan blog ceritaejoy.


Baiklah, pada aku, tiada cara mudah untuk dapatkan akaun adsense. Mungkin rakan-rakan blogger lain ada caranya, tapi kalau tanya pada aku, itulah jawapan yang aku akan berikan. Manakan tidak, seingat aku, lebih daripada 5 kali aku “di reject” ketika dalam proses memohon akaun adsense. Hingga ada satu2 masa tu, aku jadi malas+bosan nak apply. Tetapi, alhamdulilah, ada seorang  rakan blogger yang membantu. Terima kasih tak terhingga kepada Wayne harraz.

Apa pun, aku cuba juga kongsikan Cara Mendapatkan Account Google Adsense mengikut daripada apa yang aku baca dan praktikkan. Dan juga ilmu-ilmu yang aku dapat daripada rakan-rakan blogger yang lain. Tapi kadang-kadang, google adsense ni pening sikit, kita pertama kali apply, terus lulus. Ada tu, blog dah mantap, tapi sikit punya payah nak lulus. Haish!

Cara Mendapatkan Account Google Adsense.

1. Pertama sekali, untuk dapatkan akaun google adsense adalah, mestilah mempunyai blog yang berusia 6 bulan ke atas. Maksudnya, korang dah berblog lebih daripada 6 bulan. Rasanya, bagi blog baru, agak sukar untuk mendapatkan kelulusan adsense. Tapi macam yang aku cakap tadi, kadang-kadang adsense ni pening jugak. Ada yang baru ada blog, dia apply, terus dapat kelulusan. Itu rezeki masing-masing la yer.

2. Blog yang siap sepenuhnya. Maksudnya, blog korang boleh dikatakan, “ini baru blog”. Sebenarnya, ramai blogger yang tak perasan yang blog mereka belum siap sepenuhnya lagi. Masih lagi “under construction” , dan bila apply google adsense, terus di tolak. Oleh yang demikian, pastikan blog korang siap sepenuhnya, dan barulah apply yer.

3. Update blog sekurang-kurangnya 2 entri 1 hari. Ahha! Ini yang aku baca daripada perkongsian rakan blogger Indonesia. Ini untuk menunjukan yang korang memang benar-benar serius dalam dunia blogging dan bagi menyakinkan pengiklan untuk beriklan di blog anda. Ikut logic, kalau kita rajin update blog, maka pembaca juga akan rajin singgah ke blog kita. Dan semakin banyak pembaca yang singgah, maka potensi mereka untuk melihat iklan yang ada adalah besar. Dan bila ianya berlaku, maka ianya akan menguntungkan pengiklan. Jadi, sila update blog korang dengan lebih kerap dan cuba elakkan blog korang penuh dengan sawang. Hehehe.

4. Baiklah, antara cara lain untuk Mendapatkan Account Google Adsense adalah dengan meletakkan privacy policy dan disclaimer di blog korang. Ini adalah cara untuk korang tunjukkan pada pengiklan, blog korang punya kelas yang tersendiri. Baru nampak professional sikit. Hehehe. Ahha! Jangan tak tahu ya, dengan meletakkan 2 perkara ini, ianya mampu menjadi benteng pertahanan kepada anda. Benteng daripada apa? Daripada penyalahgunaan cerita di blog korang. Ha.

5. Jangan pernah putus asa. Bila sekali di tolak, korang apply semula. Setiap kali blog korang di reject, google adsense akan menyatakan sebab-sebabnya. Perbetulkan dan kembali apply. Direject semula? Jangan risau, teruskan apply dan apply. InsyaAllah, pasti ada rezekinya nanti. Ya.

Rasanya inilah yang boleh aku kongsikan diantara Cara Mendapatkan Account Google Adsense. Sekali lagi aku nak cakap, aku bukanlah raja adsense. Blog ceritaejoy ini sendiri dah lebih daripada 5 kali di reject. Dan ilmu yang aku kongsikan ini, boleh dikatakan basic je. Aku cadangkan korang ke blog sifu hasrul hassan dan Wayne harraz. Mereka boleh dikatakan pakar dan sudahpun Berjaya dapat income daripada adsense.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua. InsyaAllah.

2 ulasan:

  1. yumida pun letak adsense kat blog baru. adsense kalau trafik tinggi baru nampak peningkatan earning. blog baru tu agak kurang trafiknya. itulah cabaran guna adsense. pernah apply utk blog lama yg ni, tp x lepas. yg penting usaha n usaha..pasti membuahkan hasil

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.