Apakah maksud Bauksit

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Apakah maksud Bauksit. Yang sebenarnya, isu bauksit ni sedang panas di perkatakan di Malaysia saat ini *selain daripada isu viral gadis menipu diculik*. Terlalu banyak info dan gambar yang dikongsikan di media sosial mengenai kesan yang terhasil daripada aktiviti bauksit ini. Yang terbaru, isu air laut Pantai Batu Hitam yang “berubah warna” kesan daripada aktiviti ini.

Ramai yang memperkatakan akan hal ini, tetapi berapa ramai yang mengetahui bauksit? Apakah maksud Bauksit? Aku sendiri tak pernah tahu apakah maksud perkataan itu. Yang aku tahu, ianya adalah 1 aktiviti pelombongan. Setakat itu sahaja.

Hari ini, aku cari maksud sebenar perkataan bauksit. Dan setelah berjumpa dengannya, ingin aku kongsikan di blog ceritaejoy, Apakah maksud Bauksit. Semoga selepas ini, semua orang akan tahu, kenapa mereka melombong bauksit. Ya.

Menurut penerangan di Wikipedia:

Bauksit ialah bijih utama bagi membuat aluminium di dunia. Ia mengandungi sebatian oksida aluminium dan hidroksida boehmit γ-AlO(OH) dan gibsit Al(OH)3 bersama dengan silika selain oksida besi dan mineral lempung. Bauksit merupakan sisa-sisa mendapan lempung yang lazim terdapat di kawasan tropika dan subtropika. 

Namanya bersempena dengan sebuah kampung di selatan Perancis yang dikenali sebagai Les Baux, tempat bijih ini mula-mula ditemui pada 1821 oleh seorang ahli geologi bernama Pierre Berthier.

Bijih bauksit terjadi di daerah tropika dan subtropika dengan memungkinkan pelapukan sangat kuat. Bauksit terbentuk daripada batuan sedimen yang mempunyai kadar Al nisbi yang tinggi, kadar Fe yang rendah dan kadar kuarsa (SiO2) yang kurang atau langsung tiada. 

Batuan tersebut, misalnya sienit dan nefelin berasal daripada batuan beku, batu lempung, lempung dan serpih. Batuan-batuan ini akan mengalami proses lateritisasi, yang kemudian oleh proses dehidrasi akan mengeras menjadi bauksit.

Bauksit boleh ditemui di dalam lapisan mendatar tetapi kedudukannya di kedalaman tertentu. Potensi dan cadangan endapan bauksit terdapat di Pulau Bintan, Kepulauan Riau, Pulau Bangka, dan Pulau Kalimantan serta Kuantan, Malaysia.

Itu dalam bahasa kamus la. Dalam bahasa mudahnya, bauksit ni adalah mineral batuan semulajadi yang terhasil dari bumi. Ianya di gunakan untuk membuat aluminium dan pelbagai bahan-bahan yang lain *itu korang boleh cari sendiri ya* hehehe.

Selain daripada itu, jika korang gunakan keyword bauksit di Malaysia, korang boleh berjumpa dengan beberapa blog yang berkongsikan cerita mengenai penemuan emas semasa proses melombong bauksit. Bila orang dengar pasal benda ni, mestilah lagi ramai yang nak melombong kan? Apa pun, tiada kesahihan mengenai hal ini.


Baiklah, aku harap, selepas korang baca entry ini, korang akan tahu Apakah maksud Bauksit dan tahu ianya di lombongkan untuk apa. Terima kasih ya sudi baca.

1 ulasan:

  1. aku pulak suka sebut Baukshit kepada BAU Shit, sebab ia mengotor jalan, laut, ibarat najisla.

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.