Duit br1M 2016 dah masuk!


Duit br1M 2016 dah masuk! Alhamdulilah, semalam, bayaran pertama br1m 2016 sudahpun dikreditkan ke dalam akaun mereka yang layak menerimanya. Walaupun ramai yang cakap jumlahnya terlalu kecil jika dibandingkan dengan kehidupan yang makin mencabar ini, aku tetap bersyukur kerana sekurang-kurangnya, ianya boleh digunakan untuk hal-hal yang penting.

Memang benar, jumlah RM250 itu tidak bertahan selama sebulan sebagai mana yang diperkatakan oleh beberapa pihak, tapi jika ianya digunakan dengan cara yang betul, ianya mampu bertahan selama sebulan. Tak percaya? Kamu mesti percaya dengan apa yang aku ingin katakan sekejap sahaja lagi.

Br1m 2016, bayaran pertama bertarikh 28 January 2016, berjumlah RM250. Macam mana aku boleh katakan, ianya mampu bertahan selama sebulan? Baiklah, macam ni, cara ini tidak boleh diguna pakai oleh semua orang. Hanya untuk golongan yang tertentu sahaja. Apa yang aku buat adalah, aku beli 1 benda yang boleh bertahan selama sebulan.


Aku ada 2 orang anak kecil, dan mereka masih lagi minum susu. Jadinya, dengan wang RM250 itu, aku beli susu mereka. Besar jumlah RM250 tu kalau beli susu anak kan? Jadinya, dah pasti susu itu mampu bertahan selama sebulan malah jika betul cara penggunaannya, boleh digunakan lebih daripada masa sebulan tu.

Mengenai cara penggunaan yang betul tu, macam anak aku, kadang-kadang bila waktu malam, mereka terjaga, mereka mahukan susu. Kita pun bangun bancuh susu, kemudian bagi pada mereka. Anak-anak ni kadang-kadang, hausnya sekejap je. Lepas minum sedikit, mereka tidur semula. Jadinya, janganlah bancuh penuh sebotol. Cuba baca anak-anak mahukan susu sebanyak mana. Dan selepas itu bancuhlah susu mengikut keperluan mereka.


Macam aku ada cakap kan tadi, terpulang kepada hak individu, bagaimana mahu menguruskan wang br1m 2016 ni. Tetapi bagi aku, aku lebih suka gunakan wang tersebut dengan cara yang aku sebutkan di atas tadi. Dekat situ aku dah boleh jimatkan wang gaji aku. Apa pun, selamat berbelanja dengan wang br1m 2016 yang dah masuk semalam ya!

2 ulasan:

  1. Alhamdulillah.. dapat juga menampung keperluan walaupun sikit..
    Saya setuju bab sukatan bancuhan susu untuk anak tu..
    Sebab saya pun buat macam tuh... Kadang2 mereka just dahaga..
    Bukannya lapar sangat pun.. Kita sebagai parents lah kena alert..
    nice tips..

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.