Duit pertama dari 8Share.

Januari 27, 2016

Duit pertama dari 8Share. Hehehe. Disebabkan ini adalah duit dari blog yang pertama buat aku, jadi ada sedikit perasaan keterujaan di situ. Tak banyak nilai nya tapi cukup bermakna di mata aku. Yelah, sebelum ni dok tengok kawan-kawan blogger dah berjaya buat duit dengan blog tapi kali ni alhamdulilah, rezeki aku pula. Terima kasih 8Share! Baca ceritaejoy di Duit pertama dari blog.

Yang sebenarnya, tak susah sebenarnya nak buat duit dengan 8Share ni. Asalkan kita rajin buat cerita dan iklankan, pasti kita berjaya. Ala, tak usah cerita pasal buat duit dengan blog ni la, apa-apa pun, kalau niat kita tu nak dapatkan duit, ianya perlu lah disertakan dengan usaha. Jangan sekadar berdoa sahaja, mesti seiring dengan usaha. Bila ianya bergabung, pasti boom! Meletup!

Apa yang aku nampak, buat duit dengan 8Share ni, “nilai” yang diberi adalah besar. Maksud besar dekat sini, 1 klik iklan 8share, korang dah boleh dapat RM0.20. Ha, besar tak? Besarkan? Kalau ada yang cakap, jumlahnya kecil, aku nak cakap, ianya adalah jumlah yang besar. Hahahaha. Setiap 1 iklan bernilai RM10.00. Ini bermakna korang memerlukan hanya 50 orang untuk klik iklan korang. Mudah kan?


Bercakap memang mudah? Ya! Memang mudah jika korang ada usaha! Macam yang aku cakap tadi, beriklan dengan 8share ni, perlulah ada usaha. Bila korang rajin share iklan, dengan cara yang betul, rasa aku, untuk cecah 3 angka, atau 4 angka sebulan tu tak mustahil. Ya! Inilah rahsia buat duit dengan blog. Korang boleh dapat 4 angka sebulan hanya dengan blog ya!


Ish! Aku ni dok bercerita pasal buat duit dengan 8Share, tapi aku tak cerita pun, macam mana nak buat duit dengan 8Share. Ahha! Siapa cakap susah nak buat duit dengan blog? Korang Cuma perlu register semudah ABC di 8Share.com dan mula beriklan samada di blog sendiri, facebook atau twiter. Rakan facebook ada 1000k, takkan nak dapat 50 klik pun susah kan? Tak cuba tak tahu kan? Hehehe. Jom! Mulakan langkah korang buat duit dengan blog!

2 ulasan:

  1. Tahniah ejoy, kak ana lama dah ada akuan 8shared cuma tak aktif, lepas ni jom cuba beraffiliatte pulak lagi banyak masyukkkk hihi kipidap :)

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.