Hebat sangatkah film Dilwale?


Hebat sangatkah film Dilwale?. Aku bukanlah kipas susah mati film Hindustan. Kalau ditanya pada aku, film apakah yang paling terkenal, aku cuma boleh jawab film kabhi khushi kabhi gham dengan film mohabbatein. Rasanya 2 film tu, kalau kita cerita dengan sesiapa pun, mereka akan tahu. Tapi macam mana pula dengan film dilwale ni?

Demam dilwale boleh dikatakan betul-betul sedang melanda Malaysia. Dengan cuaca panas melampau yang dikatakan melanda Malaysia sehingga bulan Mac 2016 ni, rata-rata penonton semacam tak menghiraukan langsung. Semuanya mungkin sebab janam janam? Hahaha, lagu ni kan, aku tak tahu kenapa, ceritaejoy macam ni:

Rakan-rakan sekerja dekat office ni *kebanyakannya perempuan la* heboh dok bercerita gan menyanyi lagu janam-janam ni. Siap download and pasang kat office. Hoi, ada yang dok buat tangan ke atas pastu terhenjut-henjut cam dalam filem Hindustan tu la. Dah kenapa ko?

Aku tak tengok pun film dilwale 2015 ni lagi. Wife pun takda ajak. Melaka kan, tahu-tahu jelah jalan dekat Bandar tu macam mana, jammed! Huh! Jadinya, aku cuma dengar cerita kawan-kawan tanpa ada rasa atau niat pun nak pergi tengok movie dilwale 2015 ni. Yang sebenarnya cerita ni pasal apa ek?

Sinopsis dilwale 2015.

Dilwale 2016 berkisarkan tentang anak-anak dari dua keluarga yang berjumpa semula setelah berpisah selama 15 tahun. Raj (SRK) adalah seorang “charming car modifier”. Veer (Varun) adalah adiknya. Apabila Raj bertemu Meera (Kajol) *yang pernah dia suka dan akhirnya terpisah*, cintanya kembali berputik dan raj kembali ingin mengganggu meera.

Jadi Raj atau Shah Rukh Khan mempunyai dua identiti dalam film dilwale 2015 ini. Dia menjadi Raj apabila dia dalam keadaan normal dan menjadi Kali apabila dia agresif. Kali adalah anak angkat kepada Randhir (Vinod Khanna) yang menetap di Bulgaria. Kali melakukan semua kerja-kerja yang berbahaya untuk bapanya.

Persaingan kepada bapanya adalah Malik (Kabir Bedi). Beliau mempunyai seorang anak perempuan bernama Meera. Kali dan Meera jatuh cinta tanpa menyedari mereka adalah dari pihak yang berbalah. 


Dan mereka akhirnya tersedar apabila mereka berada di dalam satu misi berbahaya. Randhir dan Malik membunuh antara satu sama lain dalam 1 pertempuran dan selepas itu Meera dan Kali berpisah.

Meera merasakan Kali yang telah membunuh bapanya, dan dia mula membenci Kali. Kali berpindah dari Bulgaria ke Goa dan menjadi Raj. Disana, ada seorang pengedar dadah bernama King(Bombay Irani). Ketika orang-orang king menangkap Veer, Raj kembali menjadi Kali dan membalas bagi pihaknya.


Raj mahu Veer berkahwin dengan Ishita. Walau bagaimanapun, apabila raj masuk ke dalam rumah Ishita, dia mendapati bahawa ishita adalah adik kepada kekasih lamanya, Meera. Dan bermulalah babak-babak perbalahan di antara mereka. Walau bagaimanapun selepas beberapa salah faham lalu diperbetulkan, Meera dan Raj kembali menjadi kekasih. Veer dan Ishita juga bersatu.

Sinopsis Dilwale 2015 ini aku ambil dari internet. Macam biasalah, dekat internet ni, mereka akan cerita secara ringkas sahaja. Kalau nak bercerita panjang, baik pergi tengok sendiri je kan? Hehehe. 

Ok, itu ringkasan mengenai film Dilwale. Macam biasalah, film hindustan kalau takde babak menyanyi dengan menari memang tak sah la kan? Jom tengok senarai lagu yang ada dalam filem ini.

Senarai lagu dalam film Dilwale 2015 (Dilwale Songs)

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Gerua (Arijit Singh, Antara Mitra)

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Manma Emotion Jaage (Antara Mitra, Anushka Manchanda, Amit Mishra, Pritam Chakraborty)

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Janam Janam (Arijit Singh, Antara Mitra)

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Tukur Tukur (Arijit Singh, Neha Kakkar, Kanika Kapoor, Nakash, Siddharth Mahadevan)

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Daayre (Arijit Singh)

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Premika ( Kanika Kapoor, Benny Dayal)

2 ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.