“Ada ke yang nak baca apa aku tulis ni”?

http://ceritaejoy.blogspot.my/

“Ada ke yang nak baca apa aku tulis ni”? Aku kan, bila dah terlalu malas nak update blog *bukan sebab aku takda idea ya, tapi malas* aku selalu terfikir, kalaulah aku saja-saja nak membebel dekat blog aku ni, ada ke yang nak baca? Jadinya kang, aku syok sendiri je menulis dekat blog ceritaejoy ni. Hahaha.

Dari pagi tadi aku blogwalking blog rakan-rakan blogger, macam-macam cerita aku baca. Macam-macam ilmu aku dapat, tapi mood nak menulis tu tak juga datang menyinggah. Entry aku pagi tadi, pasal buat duit dengan 8Share pun aku tulis semalam, harini tinggal post je. Harini punya entry, ha ni baru nak mengarang. Itu pun aku main tulis je, tanpa ada apa-apa makna.

Sebelum aku menulis ni, aku baru je baca blog kak Elly in Wonderland. Hahaha, tergelak aku dengan cerita kak elly pasal husband dia yang suka tukar hobi. Kalau korang nak tau cerita penuh, korang boleh baca dekat blog kak elly la yer. Tapi aku nak bercerita pasal hobi bela haiwan peliharaan ni. Aku dulu pun suka je bela haiwan peliharaan ni.

Haiwan pertama yang aku bela adalah kucing yang aku beli dengan harga RM200. Hahaha. Itu kucing pertama yang aku beli. Waktu aku duduk dengan family dulu, kucing-kucing yang ada semua kucing jalanan. Nak dijadikan cerita, bila aku menimang cahaya mata yang pertama, aku terpaksa lepaskan kucing tu.


Kucing kan, bila kita bela dia dari kecik sampai la dia besar, bila dia terlepas ke dunia luar, dia tak pandai nak hidup sendiri. Ha, sungguh! Kucing aku tu betina. Aku nampak dia panjat bumbung sebab kucing jantan kejar. Aku ingat dia pandai turun, rupanya tak! Bersungguh aku cari tangga nak turunkan dia. Adoi! Lepas tu aku tak jumpa dah, sebab aku dah pindah rumah.

Lepas tu aku bela ikan. Ha, ni aku nak cerita, aku rasa dah berbelas kali aku bela ikan puyu. Dan semuanya mati tragis! Aku tak tau kenapa. Tapi orang tua-tua cakap bagus bela ikan puyu kat rumah ni. Ada 1 kes, aku bercuti panjang *adalah 3-4 hari*. Bila aku balik je, aku tengok ikan aku dah takda dalam akuarium. Aku cari-cari, rupanya ada dekat bilik air, bila aku angkat je, ikan tu penuh dengan darah. Erks! Sampai sekarang aku pelik. Hmm.

Lepas tu aku bela burung. Burung yang aku bela ni ada special sikit. Antara burung yang orang cari. Mulanya aku beli dari seorang rakan di Kelantan. Lama aku bela burung tu, macam-macam yang aku buat. Burung pun dah mula menyanyi. Sekali ada 1 masa tu, aku tercuai sekejap, kucing datang sambar burung aku! Adoi! Kecewa sungguh aku time tu.

Yang keduanya, aku beli lagi burung dari spesis yang sama. Kali ni aku ambil dari sungai petani kedah. Tapi burung ni tak bertahan lama. Sebabnya aku “terjemur” terlalu lama, sudahnya keras macam tu je. Bila jadi macam tu, aku buang je terus sangkar burung yang aku beli tu. Walaupun mahal tapi disebabkan hati aku sakit, aku buang je. Hmm.

Minat nak bela burung itu masih ada, tapi aku nak cari spesis lain pulak. Lepas tu, aku nak main ikan arowana. Seronok tengok ikan ni, tapi faham-faham jelah, modalnya besar. Aku nak bela ayam, tapi bukan ayam kampung, aku nak bela ayam “rare”! tapi itulah, duduk rumah taman, takut orang bising. Duduk kampung best, macam-macam boleh bela.


Lepas tu aku nak cuba bela ikan kelah! Aku tengok rakan FB aku bela ikan ni kat rumah, amboi, menarik sungguh! Sebenarnya ada banyak benda yang aku nak bela, tapi bila aku duduk-duduk fikir, aku ni sibuk dengan kerja, takut nanti, bila aku terlalu sibuk, semuanya terabai! Kesian pulak kat mereka. Hmm, macam mana ek?

6 ulasan:

  1. bapak sy pun minat bela burung yg berbunyi tu jugak. tapi selalu mati T^T

    BalasPadam
    Balasan
    1. BV orang sarawak kan? ha, belah borneo sana, banyak burung-burung rare! Dulu saya 1 family pernah duduk sabah. lama jugalah. suka duduk sana, sebab unggas sana banyak yang takda dekat semenanjung. hehehe

      Padam
  2. sonok gak baca entry pasal haiwan peliharaan ni...ada la jugak benda nak cerita...haha..senang2 bela blog je la bang ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. tapi kadang-kadang tu pun blog tak terjaga..hehe

      Padam
  3. Hehehe suka membela jugak laaa ni kiranya ...Kalau kat kg magi mudah nak bela binatang..Kat bandar ni ssh sikit la Ejoy...Takde tempat huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah. rasa tak puas sebenarnya duduk taman ni. semalam ada cakap dengan wife, nak bela ayam hutan, terbeliak mata dia pandang saya. hahahaha

      Padam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.