“Ada yang memanggil dekat hutan tu”.

http://ceritaejoy.blogspot.my/

“Ada yang memanggil dekat hutan tu”. Bagi mereka yang kerap keluar masuk hutan, pasti ada pelbagai kisah suka dan dukanya. Tapi bila bercerita pasal hutan ni, orang lagi suka dengar Cerita Misteri Dalam Hutan. Macam aku, aku suka juga dengar, tapi aku lebih suka mendengar cerita-cerita menarik mengenai kehidupan di dalam hutan.

Orang tua-tua cakap, dalam hutan ni mulut jangan celupar. Ada betulnya juga dekat situ. Orang cakap, dalam hutan ni banyak Hantu Hutan Belantara. Pernah dengar kisah Kena Sorok Bunian dekat hutan? Ala, macam-macam kisahlah. Tapi yang sebenarnya, hutan kan menjadi penempatan makhluk Allah yang tak mampu di lihat dengan mata kasar manusia. Jadi, janganlah buat perkara yang tak tentu arah. Ha, faham tak? Kalau korang tak faham, korang buat-buat faham jelah ye. Hehehe.

Orait! Berbalik semula pada cerita aku, “Ada yang memanggil dekat hutan tu”. Ceritaejoy sebenarnya dah lama tak masuk hutan. Seingat aku lah, dekat 5-6 tahun juga lah, atau lebih! Tapi minat nak masuk hutan tu datang balik. Rasa macam rindu je nak duk dalam hutan tu, nak dengar bunyi air terjun, bernafas dalam hutan. “Kesegaran” tu takda dalam Bandar! Ish!

Bila aku dok bercerita dengan orang tua-tua, diorang boleh pulak cakap dengan aku, ha, ada yang memanggil la tu. Adoi! Pakcik, saya ni rindu nak masuk hutan, nak ber camping, tidur dalam hutan, dah apa pula yang memanggil tu? Ish! Janganlah kata yang penghuni hutan yang panggil. Itu dah lain bunyinya kan?

Bila dah ada anak kecil ni, aku sebenarnya takut juga nak masuk hutan. Takut juga ada yang “mengikut” aku balik rumah nanti. Yelah, benda tak boleh nampak dengan mata kasar kan? Kang elok kita tidur nyenyak, anak-anak dekat rumah tak selesa. Tak selesa tu ok lagi, kalau dok menangis je? Ish! Risau pulak aku fikirkan pasal benda ni.


Tapi kan, kalau nak cerita pasal benda-benda ghaib ni, yang sebenarnya, bukan dekat hutan je ada. Dekat rumah pun ada. Macam kisah yang ramai dok cerita sekarang ni, pasal kisah misteri di kawasan tersembunyi di rumah. Kalau korang nak baca kisah tu, korang sambung baca dekat sini <Kisahmistik di rumah lama>

2 ulasan:

  1. mistik dan misteri hutan, tahniah ejoy tersenarai blog kacak di HH :)

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.