Contoh iklan 8Share menggunakan keyword terlaris.

http://ceritaejoy.blogspot.com/

Contoh iklan 8Share menggunakan keyword terlaris. Disebabkan entry aku pada awal pagi semalam berceritakan perihal trafik masuk ke blog tanpa henti. Makanya, aku nak cuba pula tulis entry berdasarkan iklan daripada 8Share dengan menggunakan keyword terlaris di blog. Terima kasih pada seorang rakan blogger Indonesia yang berkongsikan cara mencari Keyword Untuk Blogspot.

Orait. Entry ini adalah mengenai Gadget Terbaru 2016 daripada jenama Samsung. Untuk senarai produk tersebut, korang boleh tengok dekat sini: Newcoolest Samsung gadget 2016. Aku bukan tak nak share semua gambar-gambar gadget tu dekat sini. Tapi takut nanti lari pulak dari tujuan asal aku. Nak kongsikan cara penulisan blog dengan keyword.

Baiklah. Sebelum aku cerita dengan lebih panjang lagi, siapa pernah search keyword yang paling banyak dicari di google? Kalau korang baca setiap posting yang dikongsikan, banyak yang bercerita mengenai google trend dan google search. Dan aku juga banyak praktikkan cara tersebut. Katakan korang nak cerita pasal Gadget Samsung Terbaik. Jadi, taip keyword tu dan lihat apa yang keluar, dari situ, korang ambil dan masukkan dalam entry korang. Ha, jelas tak?

Ambil contoh, Gadget Terbaru Samsung adalah New Samsung Galaxy S7. Korang taip je Samsung S7 dekat google search dan result yang keluar tu cuba masukkan dalam entry korang. Macam contoh, Samsung S7 Edge. Korang masukkan sahaja dalam entry korang. Seperti yang aku dah buat pun. Nampak tak? Aku taip je keyword tu. Hahahaha.

Tapikan, antara kelebihan lain sewaktu penulisan dengan menggunakan keyword itu adalah dengan menjadi pembaca. Ahha! Korang kena jadi pembaca sewaktu menulis blog. Faham tak apa yang cuba aku sampaikan di situ? Macam ni, bila korang menulis, cuba letakkan diri korang sebagai pembaca. Apa yang pembaca mahukan, apa yang pembaca cari. Dan daripada situ, korang akan tahu apa yang perlu korang masukkan dalam entry korang.

Katakan korang nak cerita pasal Handphone Keluaran Terbaru Dari Samsung. Dan produk itu adalah New Samsung Galaxy S7 atau lebih tepatnya lagi Samsung S7 Edge. Pembaca sudah pasti mahu tahu apakah Kelebihan Dan Kekurangan Samsung S7. Jadi, huraikan lah mengenainya. Ahha! mudah kan? Tapi, huraian itu haruslah ikhlas dan benar. Jangan lah korang sendiri pun tak pernah pegang handphone tu, tapi ceritanya bukan main.

Orait. Aku dah sampai ke penghujung ceritaejoy kali ni, mengenai Contoh iklan 8Share menggunakan keyword terlaris. Sebagai pembaca, aku pasti ada yang bertanya, mana iklan 8Share nya, dan apakah keywordnya? Jawapannya ada pada tulisan tebal berwarna hitam. Hehehe. Selamat mencuba ya!

1 ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.