Jemputan menjadi penulis jemputan di blog.
Jemputan menjadi penulis jemputan di blog. Kadang-kadang
terasa sunyi je blog ceritaejoy ni. Idea aku kadang-kadang tak bercambah pun. Terasa
kecil je dunia haffizuliskandar ni. Seronok bila singgah blog rakan-rakan lain.
Ada seri. Ada warna. Rasa macam happy je duduk lama-lama dekat blog orang lain.
Atas alasan yang diberikan, aku macam nak jemput rakan-rakan
semua, kalau sudi, menjadi penulis jemputan di blog ceritaejoy. Berceritalah apa
sahaja yang ingin anda ceritakan. Asalkan ianya tidak melanggar undang-undang
sudahlah. Bahasa yang digunakan juga janganlah terlalu kasar atau terlalu
menonjol. Maksudnya, tak guna bahasa 18sx la.
Aku tidaklah terlalu mengharap. Sebabnya, kita blog kecil. Jadinya,
jangan terlalu mengharap sangat. Pada aku, kalau ada yang sudi, silakan, jika
tiada pun takpa. Asalkan aku dah luahkan apa yang aku fikirkan di dalam minda
aku sekarang ni. Ha! Lupa nak kasitau. Bukan nak minta banyak entry pun,
cukuplah sekadar 1 cerita.
Orang cakap, bila ada banyak aura, seri nya akan datang
dengan sendirinya. Hehehe. Aku terfikir juga, aku dah jemput orang, aku kena la
balas balik kan. Jadinya apa kata kita tukar-tukar, mulanya korang menulis di
blog ceritaejoy, dan aku akan balas dengan menulis pula di blog korang. Ahha!
amacam? Deal? Hehehe. Jadinya, kalau ada yang sudi, silalah tinggal komen
korang di ruangan bawah ya. Terima kasih semua! Hehehe.
wah.. cam menarik..
BalasPadamKalau sudi..silalah..hehehe..:)
PadamWahhh..best tu..hihihi tpi nk tulis blog sendiri pun kadang kala tak terupdate... huhuhu..www.keladionline.com
BalasPadam